Rabu, 11 Mei 2011

Tutup cerita, PM Kristian tak mungkin: PERKASA

Salhan K Ahmad

Walaupun peruntukan perlembagaan diakui membenarkan seorang bukan Islam dilantik menjadi perdana menteri, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia tetap dengan pendiriannya bahawa hanya seorang Melayu yang patut dilantik ke jawatan berkenaan.

NONETimbalan presidennya Datuk Abdul Rahman Abu Bakar memberi alasan, keselamatan negara pada waktu ini bergantung kepada sentimen di kalangan orang Melayu.

"Betul, kita faham dengan perlembagaan. Pelantikan (perdana menteri) hendaklah dilakukan apabila salah satu pemimpin parti yang mendapat kerusi majoriti dalam parlimen dipilih dalam parlimen, itu diakui.

"Tapi (perdana menteri Kristian) tidak mungkin berlaku kerana keselamatan negara ini bergantung kepada orang Melayu.

"Kalau Melayu rasa terancam, rasa tergugat, tidak ada keselamatan dan tidak akan ada ketenteraman," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri perusahaan perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok yang berkata, perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri.

utusan malaysia, malaysia negara kristianIsu pelantikan perdana menteri dari kalangan penganut Kristian itu timbul berikutan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu lalu berhubung dakwaan bahawa pemimpin agama itu berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara

Laporan akhbar itu adalah berdasarkan tulisan di blog Zakhir bertajuk 'Making Christianity the official religion' yang turut mendakwa bahawa ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan.

Zakhir dalam satu lagi tulisannya pada Ahad pula sekadar menimbulkan persoalan sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku manakala Ooi dan juga pemimpin gereja pula menafikan dakwaan yang dilaporkan itu.

azlanMengulas lanjut, Abdul Rahman berkata isu 'konspirasi Kristian' itu sepatutnya "dikira tutup" sekiranya ia sebenarnya tidak timbul.

"Kalau tak ada dibincangkan, kita tak perlulah timbulkan. Perkara ini dikira tutuplah.

"Realitinya, ini negara Melayu, negara tumpah darah orang Melayu. Kalau orang Melayu sendiri rasa tidak aman, macam mana hendak ada kestabilan sedangkan orang Melayu yang membentuk majoriti," katanya lagi.

Tiada ulasan: