Umno dijangka mengadakan raptai pemilihan parti itu sekitar bulan depan ataupun pada Julai ini.
Bagi parti terbesar di negara ini dengan keahlian sekitar 3.5 juta, raptai itu adalah ujian ke atas sistem pemilihan mereka sebelum ia diguna-pakai pada pemilihan 2013.
Pindaan perlembagaan yang diluluskan tahun lalu menyaksikan pemansuhan sistem kuota yang mensyaratkan calon yang berhasrat bertanding wajib mendapat jumlah pencalonan tertentu sebelum layak bertanding.
Umno juga akan menambahkan bilangan ahli yang layak mengundi sekarang terdiri daripada kira-kira 2,700 perwakilan kepada 140,000 yang sekaligus meningkatkan jumlah perwakilan dari setiap bahagian.
Seorang ahli majlis tertinggi Umno yang tidak mahu dikenali berkata raptai berkenaan mungkin diadakan pada Jun ataupun Julai ini.
"Ini dibincangkan pada pada mesyuarat majlis tertinggi yang lalu,” katanya sambil menambah butiran lanjut akan didedahkan pada mesyuarat bulanan akan datang.
Katanya, kemungkinan besar setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengendalikan raptai tersebut.

1 ulasan:
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
Catat Ulasan