Isnin, 2 Mei 2011

Putrajaya kaji sistem 1Sekolah pupuk perpaduan

TERKINI

KUALA LUMPUR — Putrajaya sedang mengkaji syor menyeragamkan sistem persekolahan, bakal dikenali “1Sekolah” — yang akan mencetuskan semula debat mengenai keperluan sekolah vernacular — sistem mirip Sekolah Wawasan diperkenalkan oleh pentadbiran Dr Mahathir untuk memupuk perpaduan.

The Malaysian Insider difahamkan Makmal Pembangunan Belia di Kementerian Belia dan Sukan telah mengesyorkan penubuhan sistem sekolah standard dipanggil sebagai “1Sekolah” untuk menggalakkan perpaduan dan kepelbagaian.

Makmal itu juga telah meminta Kementerian Pelajaran agar merangka pelan penyeragaman pendidikan yang akan dibahagikan kepada empat fasa berbanding sistem sekolan rendah kebangsaan semasa yang selari dengan sistem sekolah rendah Cina dan Tamil.

Sumbe-sumber berkata fasa pertama akan menyelaraskan pertukaran program antara sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan manakala fasa ketiga pula melibatkan pengenalan bahasa ketiga di kedua-dua jenis sekolah.

Kata sumber itu, program itu akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih dan kemudian dilaksanakan di kesemua peringkat sekolah.

Pilihan bahasa ketiga bagaimanapun bergantung pada aspek demografi sesebuah sekolah.

Fasa ketiga akan melibatkan penempatan semula sekolah manakala fasa terakhir pula ialah pelaksanaan sistem 1Sekolah.

Pentadbiran Dr Mahathir pernah mengesyorkan penubuhan Sekolah Wawasan yang meletakkan sekolah rendah kebangsaan, Cina dan Tamil di satu kawasan tetapi idea itu dibantah oleh golongan pendidik sekolah vernakular dan hanya beberapa sekolah didirikan kira-kira satu dekad lalu.

Anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir pernah melobi usaha penyatuan sistem pelajaran dan berkata, ia adalah idea yang disyorkan dalam Penyata Razak pada 1956.

Beliau merujuk kepada laporan yang disediakan oleh bekas perdana menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika menjadi menteri pelajaran, yang bertujuan menyatupadukan pelajar pelbagai kaum di bawah satu sistem pendidikan meliputi semua kaum.

Mukhriz pernah mengesyorkan bahawa sistem dua aliran sekarang dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaran bagi semua subjek kecuali sains, matematik dan subjek bahasa yang lain.

Bagaimanapun syor itu berhadapan dengan kecaman dari kedua-dua parti Barisan

Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sehingga ada yang menyifatkannya sebagai hasutan dan laporan polis pernah dibuat.

Tiada ulasan: