"POLIS SIASAT MASJID DI SIMBAH CAT,KEPALA BABI DI GANTUNG
Mkini - Polis Pulau Pinang sedang menyiasat kejadian sebuah gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap di Nibong Tebal yang disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, kejadian itu dipercayai berlaku awal hari ini dan disedari oleh sekumplan jemaah yang baru pulang selepas solat Subuh di masjid pada pukul 7 pagi.
Polis percaya ia dilakukan sebelum waktu subuh," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati peniaga gerai berkenaan pernah menerima satu panggilan amaran dari seseorang pada Mac lalu.
Pemanggil itu tidak menyatakan sebarang ugutan sebaliknya mahu peniaga cendol berkenaan supaya berhati-hati dan polis tidak menolak kemungkinan kes tersebut ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap, katanya.
Ayub meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan kes itu dengan isu perkauman dan agama.
"Saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mengaitkan kes ini dengan isu sensitif kerana ianya membabitkan seorang individu sahaja," katanya.
Beliau berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak atau kumpulan yang terbabit dengan perbuatan seumpama itu dan meminta mana-mana peniaga yang menjadi mangsa agar segera membuat laporan polis.
Katanya kes itu disisasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara Jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan. LSS: Ini lah tugas utama regim United Malays National Organsation dan mana - mana regim diktator dalam dunia ini.Regim takkan berasa senang kalau semua bangsa yang berlainan agama boleh bersatu padu.
Mereka ini semua (Islam,Hindu,Buddha dan Kristian) mesti di laga - lagakan antara satu sama lain. Andai semua feksyen agama di negara boleh bersatu padu maka ini satu bala bencana buat gerombolan United Malays National Organisation! Kerana Apabila semua bangsa dan agama ini bersatu maka arahnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke bawah.
Tak percaya?
Cuba lihat di Mesir apabila Umat Islam dan Kristian bersatu padu dan sepakat untuk turun berdemonstrasi di Jalanraya maka Mubarak yang selama ini menjadi barua Amerika - Israel telah terhumban ke jalanraya.
Apabila Umat Islam sedang mendirikan Solat di dalam Masjid maka Orang Kristian akan berkawal di luar masjid untuk menjaga keselamatan Umat Islam kerana mereka tahu mereka saling memerlukan antara satu sama lain demi Menghumbankan Mubarak ke dalam Sungai Nil.
Maka andai semua bangsa dan agama bersatu - padu maka ia akan menjadi satu kuasa yang hebat untuk menghumbankan regim macam gerombolan United Malays National Organisation!
Oleh sebab itu mengapa agen - agen rahsia gerombolan di hantar untuk menggantung kepala babi dalam masjid dan surau,membakar gereja kristian dan mengarak kepala lembu! ini semua atas sebab mereka mahu Masyarakat berlainan agama terus bergaduh sama - sendiri kerana ini lah kunci untuk gerombolan berkuasa sampai kiamat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan