Khamis, 26 Mei 2011

Apa Nak Heran Kalau PKR di haramkan!

Oleh: LeeSlimShady


"Sejak Sekian lama arus perjuangan yang bukan sahaja di alun kan pada 1998 malah ia nya bermula sejak darah itu mengalir pada 1511 lagi. Umat Manusia bangkit menentang berlatarkan apa sahaja lambang asalkan yang dapat di tumbangkan itu adalah kezaliman dan ketidakadilan.
Biarpun bukan dengan armada Sultan Muzaffar Shah ataupun atas Nama Revolusi Datuk Maharaja Lela dan Datuk Bahaman.

Mereka tak pernah pun bertempur dalam satu lorong yang sama tapi yang uniknya musuh mereka sama.

Semenjak bermulanya penjajahan Parti - Parti Politik seperti Parti Komunis Malaya,Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu mahupun Hizbul Muslimin bukan pergi menyembah RoS untuk menyatakan perjuangan mereka untuk menghalau British.

Bangkitnya Seruan Perjuangan bukannya atas dasar politik semata - mata tapi atas kejituan semangat untuk membela nasib generasi yang bakal lahir.Yang lebih tulus dan Ikhlas bangkit untuk membela Umat Manusia atas syariat Yang Maha Esa yang di sampaikan melalui Rasul - Rasul dan Nabi - Nabi.

Telah ramai yang terkorban pun bukan kerana nak menegakkan Parti tapi untuk menyelamatkan Nasib dan Masa depan depan anak bangsa dari terus di jajah oleh kuasa Imperialis dan Kolonialis.Pejuang - pejuang bangkit melawan dengan apa sahaja yang ada di tangan tak kira parang atau cangkul.

Sejenak Perjuangan ke arah pembebasan dan kemerdekaan terus menitip betapa dingin nyaRoh Dato' Maharaja Lela,Tok Janggut dan Rosli Dhobie yang sedang bersemadi di pusara.Aduhai sayang seribu kali sayang yang di raih Tunku itu bukan kemerdekaan tapi perhambaan yang abadi.
Bangkit Semangat perjuangan menyambung titipan yang di bawa oleh para Revolusioner lama seperti dato' Bahaman dan Tok Janggut Umat Malaya Bangkit menentang tanpa Henti .
KMM dan PKM bangkit membela Umat Melayu dan Golongan Pekerja yang di tindas oleh taring Kolonialis seperti British yang bersengkongkol dengan Israel.
Parti Komunis Malaya bangun dengan semangat anak malaya dengan tekad agar anak bangsa malaya tak lagi di tindas oleh Para Imperialis tak pernah pun di minta agar di daftarkan di RoS biarpun sewenang - wenang di haramkan.
Bukan kerana PKM suka bunuh orang tapi kerana mahu mengusir british dari Tanah Melayu buat selama - lamanya.Kita masih ingat lagi pada ketika sebelum perang dunia kedua yang mana pada ketika itu british cukup menyayangi PKM kerana persediaan nya untuk menggempur jepun maka di beri sokngan untuk menubuhkan sekolah 101.

Tapi apabila Jepun datang PKM sendiri menyaksikan bagaimana Orang Putih mencanak - canak lari meninggalkan Tanah Melayu dan Apabila perang tamat British datang buat muka tak malu.Dan di hadapan mata banyak lagi kebobrokan di di lakukan oleh british,dalam menindas rakyat malaya dan orang melayu.
British haramkan API dan kemudiannya baru Parti Komunis Malaya (PKM),Namun pun begitudi haramkan atau tidak gerakan menentang british tetap di teruskan juga.Kemudian selepas merdeka Ahmad Boestaman tubuhkan PRM yang akhirnya bergabung dengan PKN(Parti KeADILan Nasional) dan membentuk PKR.

Dan Kemudian PRM keluar dari PKR dan membentukan Pakatan dengan PSM.
Parti Politik datang dan pergi, Pakatan Rakyat lahir dari Inspirasi Barisan Alternatif yang menjadi "counter attack" kepada Barisan Nasional pada 1999.Tapi kita harus ingat sebelum datangnya Saudara Anwar yang konon nya telah menginspirasikan PAKATAN RAKYAT telah wujud GAGASAN RAKYAT hasil habungan Angkatan Perpaduan Ummah yang di pimpin oleh PAS dan Barisan Sosialis yang di pimpin oleh DAP dan PRM (hari ini PKR).
Jadi Buat apa nak heran kalau PKR di haramkan kerana kalau API,AWAS,PKMM dan Parti Komunis boleh terus berjuang walau telah di haramkan mengapa tidak kita? adakah kerana takut takde parti yang boleh di tayangkan untuk di calonkan masuk Pilihanraya???
Apakah hanya Pilihanraya satu - satunya jalan untuk menumbangkan Kezaliman Regim? selama 4-5 tahun menunggu semata - mata nak mengadap kelentong Pilihanraya? Parti Politik hanyalah sekadar Ilusi yang di ciptakan supaya kita di hadkan untuk bertindak mengikut segala peraturan "permainan" yang telah gerombolan tetapkan!
Jadi nak buat apa ikut "Permainan" Gerombolan United Malays National Organisation??? kerana "permainan" kita adalah di Jalanraya bukan Pilihanraya!
Jangan lupa 9 julai nanti bersama - sama Solidariti Anak Muda Malaysia turun ke Jalanraya dan lawan regim.

Tiada ulasan: