Rabu, 13 Oktober 2010

Rombakan Bkt Aman, Khalid dilantik pengarah KDN/KA

MALAYSIA KINI


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini mengumumkan beberapa pelantikan baru termasuk Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebagai pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.
Manakala Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abd Ghani, menjadi polis wanita pertama dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman, mengantikan Datuk Abd Razak Bokhari yang bersara.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim, pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Ketua Polis Kedah, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, pula dilantik sebagai pengarah JSJ Komersil,” katanya pada satu sidang akhbar di Bukit Aman di kuala Lumpur. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail.

Sementara itu, Ismail berkata, kesemua pelantikan tersebut, yang berkuat kuasa hari ini, adalah bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan sejak tahun ini.

Tiada ulasan: