Khamis, 28 Oktober 2010

Dr Razali diarah bekal 3 nota klinikal HKL

FREE MALAYSIA TODAY

anuar spepulKes tuduhan liwat membabitkan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tengahari ini kembali tegang.

Ketegangan itu ekoran Dr. Mohd Razali Ibrahim di kandang saksi mengaku bahawa beliau membuat pemeriksaan ke atas Saiful tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklumat sejarah perubatan dari saksi utama itu.

Menurut Peguambela Sankara Nair, prosedur lazim dalam pemeriksaan sepatutnya memerlukan seseorang doktor terlebih dahulu mendapatkan sejarah laporan perubatan, bukannya terus melakukan pemeriksaan fizikal seperti yang dinyatakan oleh Mohd Razali.
Sebelum pada itu, perbicaraan ditangguhkan dua kali apabila jawapan Mohd Razali berhubung nota-nota klinikal dilihat kurang konsisten.

Jawapan Mohd Razali itu mendorong Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Ketua Peguambela, Karpal Singh menghentikan soalan balas ke atas Mohd Razali.

Hakim mengarahkan demikian ekoran Mohd Razali dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu dilihat merujuk nota-nota perubatan miliknya yang tidak dibekalkan pada mahkamah.

Mohd Razali kemudiannya diarah membekalkan tiga nota klinikal HKL berwajib kepada pasukan pendakwaan dan mahkamah pada pagi esok seperti yang dituntut oleh Karpal, Ketua Pendakwaraya.

Semalam, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan pendakwaan dengan alasan nota-nota perubatan terbabit tidak berhak dibekalkan kerana pemeriksaan ke atas saksi utama di HKL tidak pernah merujuk pada nota-nota tersebut.

Walhal, Sankara Nair pada satu kenyataan media semalam berkata, laporan perubatan awal dari Hospital Pusrawi relevan untuk dirujuk bersama dalam perbicaraan tersebut.

Ini kerana katanya, Mohd Razali di kandang saksi semalam telahpun mengaku bahawa beliau sendiri pergi ke Hospital Pusrawi untuk mendapatkan sejarah rekod perubatan Saiful Bukhari sebelum ini.

Tiada ulasan: