BERNAMA | ||
|
Beliau berkata apabila BN dan PBS mengekalkan kerusi kawasan Batu Sapi, ia akan membolehkan rakyat terus menikmati pembangunan yang selama ini dikecapi di bawah kerajaan BN.
Pentadibran BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkat kualiti kehidupan dan kebajikan rakyat menerusi pelbagai perancangan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) dan Model Baru Ekonomi (MBE).
"Sabah dan Sarawak diberi tumpuan khas dalam program-program ini yang akan menjadi kenyataan sekiranya disokong oleh rakyat. Kepimpinan BN ikhlas dalam visinya untuk negara termasuk Sabah and Sarawak yang diberi perhatian khas," katanya kepada Bernama.
Ongkili berkata kerajaan sedang bekerja keras untuk mengenal pasti apa yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negara dan memastikan rakyat mendapat manfaat dari segi kebajikan sosiekonomi yang digaris di bawah NKRA.
"Inilah masanya untuk kita maju ke depan dan bukan berundur ke belakang. Justeru itu, BN dan PBS berharap pengundi di Batu Sapi memahami hakikat ini apabila mengundi kelak.
"Bagi PBS, terbukti ia mempunyai rekod yang baik sebagai rakan yang berharga kepada pakatan Barsian Nasional," katanya yang juga Pengarah PBS bagi pilihan raya tersebut.
Menurutnya: "Pembangunan di Sandakan ketika ini adalah kerana BN dan tanya pula apa yang telah dilakukan oleh pembangkang kepada Sandakan.
"SAPP (Parti Progresif Sabah) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) hanya mahu menang kerusi untuk kepentingan mereka. Mereka tidak boleh membantu rakyat kerana mereka tidak mempunyai sokongan daripada kerajaan negeri dan persekutuan.
"Sebaliknya PBS yang merupakan rakan dalam pakatan BN merupakan saluran yang terbaik untuk ini. Bagi kami, kami akan meneruskan perjuangan untuk rakyat di Batu Sapi."
Ongkili berkata calon BN dari PBS iaitu Datin Linda Tsen merupakan pilihan terbaik untuk pengundi tambahan pula beliau mempunyai rekod yang bersih.
"Seorang graduan UK (United Kingdom), Tsen merupakan ibu yang penyayang dan akan menambah perwakilan wanita dalam Parlimen.
"Beliau seorang wanita yang tabah yang mengambil tanggungjawab untuk meneruskan urusan kerajaan yang belum selesai di Batu Sapi yang ditinggalkan oleh mendiang suaminya.
"Beliau komited kepada Sandakan yang merupakan tempat tinggalnya, tidak seperti calon SAPP dan PKR," katanya mengenai Naib Ketia Wanita PBS itu.
Tsen akan menentang Presiden SAPP yang mewakili SAPP, Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dan Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian suami Tsen selaku penyandang Wakil Rakyat Batu Sapi, Datuk Edmund Chong yang terbabit dalam kemalangan jalan raya 9 Oktober lalu.
21 ulasan:
BN memang mempunyai potensi untuk menang, bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan lebih ramai sokongan, biarlah semua undi yang diberikan untuk BN.
setiap undi daripada rakyat Batu Sapi adalah penting untuk menentukan kemengan parti yang bertanding.
BN mungkin paling berpeluang untuk menag dalam PRK ini. bagaimana pun BN perlu terus berusaha bagi mendapatkan kemenang yang diharapkan.
saya setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Maximus. pengundi Batu Sapi perlu bijak membuat pilihan saluran mana yang paling tepat untuk mereka menuntut pembangunan dan menyuarakan nasib mereka.
jika pengundi dapat menilai berdasarkan kemampuan parti dalam melaksanakan pebangunan, walau apa jua strategi pembangkang dan walau apa jua isu yang diketengahkan, PBS tetap mempunyai peluang yang cerah.
"Kita akan turun berhabis-habisan untuk menarik pengundi. Satu undi bagi BN bermakna satu lagi undi ke arah pembangunan rakyat," katanya.
Bagus. Teruskan usaha BN untuk meraih sokongan pengundi. All the best!
semua calon perlu berusaha untuk meraih sokongan pengundi.
Satu undi sungguh bermakna setiap calon. Oleh itu jangan sia-siakan undi tersebut.
Lakukanlah yang terbaik supaya semua undi diberikan kepada BN.
Walaupun BN mempunyai potensi utk menang namun saya harap BN akan terus berusaha menambat hati pengundi.
Saya tak sabar mahu tahu, Datin Linda menang ka tak..
PRK BS mmg mendebarkan... huhughu
Apapun all the best pada BN.... Tingkatkan usaha, raih undi rakyat.
sebenarnya memang benar BN bertanggung jawab dalam memajukan Sandakan. Tengok sajalah di batu 10 Sg Batang, Sandakan hub. dan di batu 4...yang sekarang ni rupa Sandakan makin menarik...namun tu semua tidak cukup, laluan lain untuk mengelakkan traffic jam perlu ditambah dan saya cadangankan agar Sandakan dibangunkan lagi dengan banyak bangunan mega dan mewah untuk menjadikan Sandakan seronok didiami.
pembangunan di Sandakan adalah kerana BN!
rakyat Batu Sapi harus memilih BN kerana terbukti kemajuan yang dibina di Sandakan adalah dari BN
undi BN! sokong BN
saya rasa BN adalah parti yang terbaik. kita tak naklah parti yang tidak stabil seperti PKR dan SAPP yang memerintah. Politik yang stabil selalunya boleh memberikan peruntukan yang banyak untuk rakyat. saya sebenarnya harap 'pemimpin' baik sentiasa berjuang untuk rakyat dan siapalah mereka tanpa rakyat dan sentiasalah turun padang
Kita tengoklah nanti siapa yang akan mendapat sokongan terbanyak daripada rakyat.
Diharapkan rakyat akan mengundi dengan bijak.
Dari mana SAPP atau PKR akan mendapat dana untuk pembangunan jika mereka menang?
Catat Ulasan