Oleh Suara Keadilan |
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng telah mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi membincangkan isu himpunan sampah sarap berupa batang dan sisa-sisa kayu terhanyut di Sungai Rejang yang berlaku sejak 7 Oktober lalu. Dalam surat beliau kepada Speaker, Ho Leng berkata usul tersebut di buat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) bagi membincangkan isu tersebut yang disifatkan sebagai berkenaan kepentingan orang ramai. Usul tersebut berbunyi: “Bahawa Dewan ini mengizinkan YB Wong Ho Leng, Ahli Parlimen Sibu, untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan, iaitu krisis himpunan sampah sarap berupa batang dan sisa-sisa kayu terhanyut (logjam) di Sungai Rejang “Selama dua hari pada 7hb dan 8hb Oktober 2010, lebih kurang 300,000 metrik ton sampah sarap berupa batang dan sisa-sisa kayu hanyut telah terapung dan mengalir dari hulu Sungai Rejang ke Sibu, menggendalakan sistem pengangkutan air serta menyebabkan kerosakan alam sekitar yang serius sepanjang sungai berkenaan. “Batang-batang kayu menyekat perjalanan air sepanjang Sungai Rejang, khasnya di pekan Kapit. “Sampai hari ini, kerajaan belum memberitahu rakyat apakah yang mencetuskan krisis ini. “Kesesakan berikutan dengan hanyutan kayu-kayu batang dan sisa-sisanya ini telah memgakibatkan kerosakan alam sekitar serta malapetaka ekologi yang belum pernah berlaku di besen Rajang. “Kerajaan negeri membiarkan batang-batang dan sisa-sisa kayu berkenaan mengalir ke Laut Cina Selatan tanpa mengambil sebarang tindakan. “Banyak dari batang-batang kayu dan sisa-sisa ini terselerak sepanjang tebing Sungai Rejang dan Sungai Igan. Paras air yang menaik menghanyutkan mereka ke dalam sungai, mengakibatkan lebih banyak masalah sumpat dan laluan sungai tergendala. “Sisa-sisa kayu yang menyumbat aliran sungai telah membunuh banyak ikan dan kehidupan air dalam sungai. “Pembalakan haram dan berlebihan adalah masalah yang serius di Sarawak. Para menteri dan kuncu-kuncu mereka bersubahat dalam kegiatan berkenaan. Malah dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2008, masalah pembalakan tanpa kawalan ini telah dibangkitkan, tetapi kerajaan negeri enggan mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan kegiatan haram ini. “Ini merupakan malapetaka alam sekitar yang amat serius. Mengapakah kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pesalah yang terlibat serta menyelamatkan alam sekitar kita? Adakah perkara ini akan berulang di masa depan? “Dewan yang mulia ini harus membahas perkara-perkara tersebut.” Usul tersebut dijangka akan dibahaskan di dalam Parlimen esok sekiranya Pandikar Amin meluluskannya. |
Rabu, 13 Oktober 2010
PR Mahu Isu Balak Di Sungai Rejang Dibahas Esok
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan