SINAR HARIAN ONLINE
SANDAKAN - Lagenda Batu Sapi, sejenis formasi batu yang kelihatan seperti seekor sapi berkaki tiga di muara sungai dekat sini, menjadi satu tarikan pelancongan di Sandakan.
Dalam satu perkembangan dilihat sebagai menguntungkan, ramai orang termasuk pemimpin dari seluruh negara, dijangka membanjiri kawasan indah ini sekurang-kurangnya untuk tempoh sembilan hari akan datang, bukan semata-mata untuk menikmati dan bercakap mengenai rahsia Batu Sapi yang berkaki tiga tetapi akan menumpukan perhatian kepada pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beberapa penganalisis politik menggelar pilihan raya ini sebagai 'sailang' atau pertempuran habis-habisan terutama bagi SAPP yang menaruh harapan menggunung agar presidennya Datuk Yong Teck Lee yang juga calon parti itu akan berjaya merampas kerusi itu daripada BN.
Mengakui pentingnya pengundi muda dalam menentukan kemenangan di Batu Sapi, Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan, berkata berdasarkan arah aliran politik semasa, generasi muda menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil, terutama selepas gelombang tsunami politik tanah air pada pilihan raya umum 2008.
"Kebanyakan mereka tidak sabar untuk mengundi pada pilihan raya kecil ini," katanya kepada Bernama di sini.
Sebaik sahaja selesaid proses penamaan calon semalam, sesi kempen digunakan sepenuhnya oleh parti-parti yang bertanding untuk menarik pengundi.
Azman berkata, adalah penting untuk rakyat terutama generasi muda untuk menyokong perjuangan BN melalui gagasan 1Malaysia yang menggunakan pendekatan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana akan membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia.
"Dalam hubungan ini saya percaya pengundi muda pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi tidak mudah terpengaruh dengan janji kosong pembangkang.
"Pembangkang boleh bercakap macam-macam termasuk janji untuk mendapatkan kuasa politik autonomi tetapi akhirnya rakyat akan dapat melihat logiknya.
"Jika anda melihat di sekitar bandar Sandakan hari ini, anda akan perasan terdapat banyak kemudahan untuk pendidikan dan institusi akademik telah wujud, tidak termasuk rancangan yang sedang dilaksanakan untuk menubuhkan pusat Pelajaran Sandakan yang baru.
"Kemudahan pendidikan ini adalah bukti kukuh kerajaan BN serius untuk memperkayakan generasi muda melalui pembangunan sumber manusia," katanya.
Azman, yang berada di sini untuk mengetuai Pemuda BN berkempen untuk calon parti itu, Datin Linda Tsen Thau Lin, menggariskan beberapa faktor kenapa rakyat terutamanya golongan muda dalam kawasan itu harus menyokong BN.
Ini termasuk usaha ikhlas BN dalam menyediakan dan membabitkan golongan muda dalam pendidikan serta program sosial dan politik malah melibatkan mereka dalam perbincangan mengenai dasar, katanya.
"Kerajaan BN amat komited untuk membina generasi pemuda yang dinamik dan progresif pada abad ke-21," katanya.
Selain Tsen dan Yong, seorang lagi calon bagi kerusi itu ialah Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah.
Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dari BN dalam kemalangan jalan raya pada 9 Okt lepas. Chong adalah suami Tsen.
Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi berdaftar. Pengundian ialah pada 4 Nov ini.
25 ulasan:
pengundi muda juga tidak kurang pentingnya dalam menentukan keputusan PRK nanti. parti yang bertanding pasti akan berusaha untuk mendapatkan sokongan golongan ini.
Pengundi-pengundi perlulah pandai menilai calon yang bertanding supaya dapat membuat pilihan yang baik.
Masa depan kawasan masing-masing terletak dalam tangan pengundi. Selamat mengundi.
pengundi muda perlu diberi perhatian kerana mereka bakal menentukan masa depan negara.
Most of these young voters will going to switch side in an instance & their level of loyalty is questionable...they are more aware of the current political development of this country, due to the existance of the Internet...each side has to find a way how to woo these young voter..but the most important thing is, how to make these young voter to go to the polling station & vote, because most of them wouldn't even bother to register themselves as a voter, what more asking them to vote...
Young voters should take this by-election seriously. The future of Batu Sapi is in the voters hands. Vote wisely!
golongan pengundi muda juga amat berperanan dalam menentukan keputusan undian kelak. undilah parti yang terbaik..
pengundi muda sebenarnya boleh memberi sumbangan besar dalam piliharaya ini, oleh itu, mereka harus diberi tumpuan.
Ini satu galakan baik kepada pengundi muda di Batu Sapi dalam menentukan masa depan yang lebih terjamin.
Golongan muda terutamanya bagi mereka yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pengundi harus diberi kesedaran betapa pentingnya mengundi dengan menentukan parti dan calon yang mampu membawa perubahan kearah lebih maju kehadapan.
lihat kepada realiti (usaha kerajaan yang telah dan sedang disempurnakan), bukannya fantasi (janji2 pembangkang yang belum tentu mereka dapat tunaikan).. jangan abaikan realiti dan menerima fantasi kerana kelak, realiti terlepas dan rakyat terus terperangkap dalam fantasi.
hanya parti yang telah berjaya membentuk kerajaan sahaja yang mampu membawa pembangunan dan membela nasib rakyat. jadi, buat lah pilihan yang terbaik untuk kebaikan masa depan Batu Sapi dan Sandakan.
Kepada pengundi muda, pilihlah calon yang boleh menentukan masa depan tempat tersebut. Jangan terpengaruh oleh kata janji pembangkang yang menjanjikan sesuatu yang tidak pasti kebenarannya.
Pembangkang boleh bercakap macam-macam termasuk janji untuk mendapatkan kuasa politik autonomi tetapi akhirnya rakyat akan dapat melihat logiknya. Bukan senang mahu mberbuat demikian. Apa pun kita tengok saja nanti apa yang akan berlaku.
Dalam pertembungan yang sengit ini tiada undi harus diabaikan.
Setiap undi itu penting.
Undi semua pihak pun penting.
Bukan saja kali ini pengundi muda dijadikan tumpuan, mereka akan jadi rebutan oleh parti-parti politik pada pru 13 akan datang.
Pada pru akan datang, pengundi muda bakal memainkan peranan yang amat penting kerana jumlah mereka besar dan mempunyai fikiran tersendiri.
Berapa peratus pengundi muda meliputi pengundi Batu Sapi? Sejauh mana pengundi muda mempengaruhi pilihanraya kecil Batu Sapi?
Pengundi muda adalah 'king maker' pada pru akan datang, parti politik harus meningkatkan kerja menarik lebih ramai penyokong golongan muda supaya tidak ketinggalan pada pru akan datang.
Pengundi muda penting tetapi peengundi wanita tidak kurang pentingnya kerana merangkumi lebih kurang 45%.
Setiap kali pilihanraya pengundi muda pasti jadi sasaran.. Apapun alasannya, saya harap para pengundi dapat membuat pilihan yang tepat :)
Pengundi muda harus tampil dan jalankan tanggungjawab anda.
Ya lafizah... Jom mengundi dan pastikan calon yang terbaik menang.
Apapun, selamat berjuang dan selamat mengundi:)
Catat Ulasan