Rabu, 27 Oktober 2010

KETUA PEMUDA UMNO BATU SAPI BIADAP?

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

WALAUPUN Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said telah menegur sikap pemimpin UMNO yang lupa diri dan melakukan perbuatan yang mengguris hati rakyat di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, namun tidak langsung memberi kesan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Bin Akbar Khan.

Kelmarin, 26 Oktober 2010, semasa hari penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi, Media Arus Perdana hanya melaporkan dan menuduh pengikut Pakatan Rakyat sebagai “Degil, enggan memberi kerjasama” kerana mengunakan pembesar suara; walhal tidak ada dalam peraturan yang menyatakan dilarang menggunakan pembesar suara.

Bagaimanapun, media arus perdana tidak melaporkan berita tentang Pemuda UMNO dan penyokong UMNO yang menceroboh masuk tanpa menggunakan PAS yang dikeluarkan oleh SPR ke kawasan Penamaan calon menyebabkan pemuda pemuda UMNO yang diketuai Oleh Ketua Pemuda Batu Sapi dan ramai lagi pemuda UMNO ini masuk ke kawasan yang dikhaskan untuk Pakatan Rakyat.

Setelah dilaporkan kepada pihak polis dan meminta mereka menunjukan PAS, Ketua Pemuda Batu Sapi merangkap AJK Pemuda UMNO Negeri Sabah, Khairul Firdaus Bin Akbar Khan dan seorang Pemuda UMNO, Malani January, tiba-tiba naik berang dengan memaki hamun dan mencabar orang awam dan wakil Pakatan Rakyat bertumbuk. Tetapi keadaan dapat dikawal dan wakil pakatan rakyat tidak melayan dan terpedaya atau terikut dengan budaya samseng Pemuda UMNO Batu Sapi.

Jika budaya samseng, biadap dan kurang ajar inilah hendak dipupuk, dididik dan diajar kepada Pemuda UMNO dan generasi muda seluruh Malaysia yang akan datang dan Pemimpin UMNO tidak dapat mengawal, mendidik dan menangani budaya samseng ini, saya percaya generasi yang akan datang ini dan jenayah di Malaysia akan bertambah kerana penjenayah akan bermula dari tabiat samseng.

Kami juga mendapati Ketua Pemuda Batu Sapi, Khairul Firdaus Bin Akbar Khan Mykad berbombor 830726125201 belum mendaftar sebagai pemilih berdaftar.

Bagaimanakah seorang Ketua Pemuda yang ingin menjadi pemimpin, contoh kepada masyarakat dan generasi muda tetapi tidak boleh mengawal emosi, tidak mempunyai iman, sopan santun, berbudi bahasa dan hormat menghormati dan tidak boleh mengunakan akal fikiran membezakan yang baik dan salah.

Adakah pemimpin jenis ini yang kita mahukan?

18 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Pemuda Umno masih mentah, mereka perlulah berusaha lagi untuk menjadi pemimpin yang baik. Diharapkan mereka akan bertaubat dan membaiki diri.

Anak Sabah berkata...

Umno juga perlu menjadi taladan yang baik serta membaiki kelemahan mereka untuk kekal relevan untuk rakyat dan negara.

Sanih Alias berkata...

Perkara beginilah yang kita tidak inginkan berlaku. Apa pun janganlah tinjuk keburukkan parti itu sendiri.

mantra berkata...

benarkah dakwaan ini? pemuda UMNO bertindak seperti itu? apapun, sikap seperti ini perlu dielakkan oleh sesiapa sahaja.

Mahsiran berkata...

Tolonglah memberikan satu contoh yang baik bagi setiap parti. Janganlah tujukkan kebiadapan kepada orang lain. Kita meminta supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.

Hosie Masie berkata...

Ketua pemuda UMNO haruslah memberikan contoh kepada orangnya. Janganlah tunjukkan kelemahan sendiri. Tapi apa pun memang begitulah kalau sudaha dialam politik. Di mana tempat pun akan berlaku sedemikian dan tidak dinafikan lagi. Apa pun semoga bertanding dengan keamanan.

joey berkata...

entah betul atau tidak pekara ini.. apa pun, setiap pemimpin politik perlulah bertindak secara rasional dan bukannya mengikut emosi.

Logop berkata...

Sikap ketua pemuda umno hanya akan menjejaskan imej UMNO. Diharapkan tiada lagi perkara seperti ini berlaku. UMNO harus memberi amaran kepada pemimpin UMNO tersebut.

evan medhousky berkata...

jika laporan media ini salah, pihak yang terlibat wajar tampil memberikan penjelasan. sekiranya benar, pemimpin atasan wajar mengenakan tindakan tegas terhadap beliau dan hentikan serta merta kerjaya politik beliau.

evan medhousky berkata...

umno tidak perlu mengekalkan ahli seperti ini jika mahu terus kekal berjuang untuk rakyat. kelak, ahli2 seperti inilah yang bakal menjatuhkan populariti umno sekaligus memberi ruang kepada parti pembangkang untuk memintas umno.

zam berkata...

tidak pasti pekara ini betul atau tidak. jika ianya benar, individu tersebut wajar dikenakan tindakan. sesiapa pun perlulah mengamalkan nilai-nilai murni dalam apa jua tindakan.

Tanpa Nama berkata...

tak kira siapa kita, kelakuan kena dijaga, amalkan sikap sopan santun dan menghormati orang lain.

kb girl berkata...

Sebagai pemimpin muda yang bakal mewarisi pucuk pimpinan parti, kelakuan mereka tidak menunjukan watak sebagai seorang pemimpin.

Unknown berkata...

Hormati orang dan undang-undang. Jika pemimpin muda ini tidak mampu berbuat demikian, dia tidak layak jadi pemimpin.

Unknown berkata...

Jika sokongan terhadap BN mengundur, inilah dalang penyebab utama yang patut dikutuk pucuk pimpinan parti.

Unknown berkata...

Sebagai seorang pemimpin, kesabaran itu mesti ada.

captain berkata...

Manusia yang bersikap biadap tidak mampu berjalan jauh. Masa depannya malap dengan segala rintangan.
Ego itu tidak membawa manfaat kepadanya malah malang yang menunggu.

Unknown berkata...

Lupakan orang ini. Jangan simpan dalam hati. Kelakuan dia akan menghadkan kejayaannya.