BERNAMA | ||
|
Katanya beliau menerima surat menerusi faksimili daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Haslina Basaruddin pada 11.50 pagi tadi dan terkejut cara keputusan itu dibuat dan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
"Kami berpendapat mahkamah seharusnya mendengar permohonan ini kerana ia membabitkan hak orang yang ditahan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 325(2) Kanun Prosedur Jenayah," katanya.
Semalam, ketiga-tiga suspek memfailkan permohonan di pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi supaya disemak semula perintah yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 8 Oktober lepas membenarkan tahanan mereka dilanjutkan tujuh hari lagi, yang akan berakhir esok.
Dalam permohonan untuk semakan, Ravi meminta Mahkamah Tinggi meneliti beberapa isu termasuk kegagalan majistret berkenaan menimbangkan permohonan bagi perintah tahanan reman secara individu berbanding ''omnibus''.
Ravi mendakwa majistret berkenaan telah terkhilaf dalam mengeluarkan perintah lanjutan tahanan reman tersebut, manakala alasan yang diberikan polis adalah tidak relevan.
Ravi apabila dihubungi berkata beliau sedang menunggu arahan daripada anak guam dan anggota keluarga mereka sebelum memfailkan rayuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan