Khamis, 14 Oktober 2010

BATU SAPI: UJIAN GETIR BAGI BN

FAIZAL OKADAU

SEKALIPUN Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) belum meniupkan semboyan untuk dua Pakatan politik bertembung di parlimen Batu Sapi yang baru kehilangan ahli parlimennya, mendiang Datuk Edmund Chong, parti-parti dan calon-calon yang akan bertanding telah menyiapkan diri untuk turun ke gelanggang dengan misi dan visi masing-masing.

Apa pun pertembungan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mungkin juga akan muncul SAPP dan calon bebas pada pilihanraya kecil kali ini bakal mewujudkan suasana baru dalam landskap politik Sabah. Kalah atau menang Barisan Nasional di Parlimen Batu Sapi bakal mencorakkan masa depan Barisan Nasional di Sabah dan juga Malaysia amnya. Selama ini, Sabah menjadi simpanan tetap Barisan Nasional untuk ampuh bertahan di puncak kuasa.

Kali ini, laluan yang dilalui oleh mendiang Datuk Edmund Chong yang menang percuma pada pilihanraya 2004 dan hanya berdepan dengan calon bebas setelah calon PKR gagal hadir dalam masa yang ditentukan pada pilihanraya ke 12 mac 2008 pastinya tidak akan berulang.

Menang percuma dan berdepan calon bebas menyebabkan Barisan Nasional sukar meramalkan peluang sebenar mereka. Sekalipun mendapat sokongan hampir 70% undi di kawasan Melayu tetapi kalah di kawasan Cina.

Cuma, apa akan jadi kepada Barisan Nasional yang pastinya akan menurunkan calon daripada PBS yang tidak muslim untuk berhadapan dengan calon Muslim daripada Pakatan Rakyat, di kawasan yang lebih 60% beragama Islam? Sedangkan dalam masa yang sama Barisan Nasional ditolak oleh pengundi Cina?

Pengundi Batu Sapi, pastinya tidak lagi mahu kepada wakil rakyat yang menjaga mereka secara Pemerhatian Jarak Jauh (PJJ). Pilihanraya kecil sebegini akan membuka mata hati mereka betapa besarnya nilai undi mereka.

Kalau sebelum ini, undi mereka boleh ditukar dengan RM100-RM200 atau zink dan sebagainya. Kali ini pastinya tidak. Keadaan ini bakal menyukarkan BN.

Sebagai parlimen pertama di Sabah dan kedua di Borneo yang berlakunya, pilihanraya kecil selepas Tsunami Politik Mac 2008 dan deretan kemenangan Pakatan Rakyat bakal membuka dan mengubah selera pengundi parlimen Batu Sapi.

Apa lagi, parlimen Batu Sapi sarat dengan masalah kebajikan rakyat yang terabai dan terlepas pandang. Kelemahan ini bakal dimunafaatkan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan dan memalukan BN di kubu barunya ini.

Pilihanraya kecil ini, mungkin juga disandarkan kepada siapa dan sejauhmana kebolehpercayaan pengundi kepada calon yang ditampilkan oleh parti politik. Kehadiran calon bebas yang ramai sepertimana yang berlaku dalam beberapa DUN di Sabah seperti pilihanraya sebelum ini sedikit merencatkan ‘mood’ pengundi parlimen Batu Sapi untuk memilih calon yang terbaik bagi mewakili mereka.

Persoalan anak tempatan ataupun tidak, bagi saya tidak menjadi penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti kerana menurut rekod, pengundi Batu Sapi boleh menerima orang luar untuk mewakili mereka.

25 ulasan:

evan medhousky berkata...

"..apa akan jadi kepada Barisan Nasional yang pastinya akan menurunkan calon daripada PBS yang tidak muslim untuk berhadapan dengan calon Muslim daripada Pakatan Rakyat, di kawasan yang lebih 60% beragama Islam?.."

faktor agama bukan menjadi ukuran sokongan rakyat terhadap mana2 parti yang bertanding. mungkin kenyataan tersebut boleh kita gambarkan bahawa PR akan menggunakan isu agama untuk meraih sokongan.

Anak Sabah berkata...

Sukar meramal keputusan pilihan raya, kita hanya tahu setelah undian dikira. Selamat berjuang diucapkan kepada semua calon dan pengundi Batu Sapi.

evan medhousky berkata...

jika terdapat lebih dari dua parti yang bertanding, peluang untuk PR menang adalah tipis kerana undi penduduk Batu Sapi akan terbahagi kepada parti2 pembangkang atau bebas yang lain. jadi jangan letakkan keyakinan itu terlalu tinggi sedangkan PR sendiri tidak pasti kedudukan sebenar mereka lebih2 lagi PR juga tidak mempunyai rekod yang baik di Sabah.

Anak Sabah berkata...

Bagaimana keputusan pilihan raya kecil ini, saya berharap akan membawa kebaikan kepada Sabah.

joey berkata...

PR hanya bercakap tentang parti lawan..tapi apa yang PR telah sumbangkan kepada rakyat di sana???

Unknown berkata...

Does the author need to bring up the religions issues?

dont look Sabah politics as you look politics in the Peninsula...some people seems to have the tendency to do this, & the worst thing is, they tried to entice other to do the same...

whats the different between the election in 2008 & the coming by-election? the voters will going to be more or less the same, so the need to place a person whose religions 'match' with the majority there is illogical..

I'd say, let PBS choose the right person to run for the seat..

Logop berkata...

Kenapa mesti mengaitkan agama dan kaum dalam politik???Semua parti harus berusaha untuk memenangi hati rakyat tidak kira bangsa dan agama.

Logop berkata...

Diharapkan pengundi akan mengundi calon berdasarkan prestasinya. May the best man win!

mantra berkata...

piliharaya di Batu Sapi sukar untuk diramal kerana ia akan berlangsung dgn sengit, apa yang penting adlah calon perlu bijak dalam meraih sokongan rakyat.

Sanih Alias berkata...

Apa pun BN haruslah bersedia walau bagaimana pun rintangan yang akan datang. Kalah atau menang itu rakyat yang tentukan.

Unknown berkata...

Kita tengok nanti sejauh mana kekuatan PK, SAPP dan BEBAS untuk merobohkan benting BN di Batu Sapi. Kita akan ketahui nanti adakah kata-kata PR itu benar belaka atau hanya semata-mata menakutkan BN.

zam berkata...

rakyat akan membuat pilihan mereka pada PRK nanti. mereka akan memilih parti yang telah berkhidmat dengan baik selama ini.

Tanpa Nama berkata...

BN kena membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihraya kecil Batu Sapi.

Unknown berkata...

Rakyat Batu Sapi pasti dapat memilih wakil parlimen yang paling sesuai buat mereka.

Tanpa Nama berkata...

sering kali jika PRU atau PRK, isu agama dan kaum akan dimainkan bagi meraih sokongan rakyat..disebabkan isu ini dipolitikkan maka ianya akan sentiasa menjadi isu negara.

Tanpa Nama berkata...

PRk batu sapi merupakan ukuran sejauh mana BN diterima di sabah...oleh itu, BN harus bersedia sepenuhnya bagi menghadapi PRK ini nanti..

Tanpa Nama berkata...

kemungkinan kita akan menyaksikan persaingan 3 penjuru pada PRK batu sapi nanti..

captain berkata...

BN mampu mempertahankan kubu ini.
Harap calon yang dilantik dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Unknown berkata...

BN tak perlulah risau sangat. Kerusi DUN Batu Sapi tetap dalam gengaman BN.

Paquin berkata...

Setuju evan. Faktor agama sememangnya takda kaitan dalam hal ni.

Paquin berkata...

Ya Jonny. Kita tunggu & lihat ja la apa yang bakal berlaku nanti..

Paquin berkata...

Bagi saya, siapaun yang menang nanti saya cuma harap ia adalah pilihan yang terbaik utk rakyat :)

Paquin berkata...

Soal agama tu tak penting... Jika mmg layak, pasti dapat sokong kuat dari rakyat.

Paquin berkata...

Kepada semua yang bertanding, all the best dan bertandinglah secara adil supaya kemenangan tu tak dipertikaikan nati:)

Antanum berkata...

Orang ramai akan dapat menilai bagaimana kerajaan bertidak selama Batu Sapi dibawah pimpinan kerajaan. Biarkan rakyat di bahagian tersebut bertindak untuk memilih calon yang mereka tahu kebolehannya...