Khamis, 14 Oktober 2010

JANGAN SISIHKAN BAJAU SAMA DALAM BAJET 2011



Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

AHLI Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan menyarankan kepada Kerajaan Persekutuan agar kepentingan kaum Bajau Sama di negeri ini mendapat perhatian khusus didalam bajet 2011 yang akan dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 15 Oktober ini.

Abdul Rahman menganggarkan jumlah penduduk kaum Bajau Sama di seluruh Sabah pada tahun 2010 ialah mencecah jumlah seramai 500,000 ribu orang, berdasarkan statistik terkini.

Kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah merupakan kawasan utama penempatan kelompok kaum Bajau Sama di Sabah.

Menurut Abdul Rahman, kaum Bajau Sama perlu mendapat perhatian yang lebih memandangkan kaum itu masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan juga perkhidmatan awam.

“Sudah tiba masanya untuk kerajaan memastikan ada elemen yang khusus dalam bajet 2011 yang mengambil kira aspek-aspek kemunduran dan kemiskinan yang masih menghantui kaum Bajau Sama di negeri ini,” katanya lagi.

Menurut Abdul Rahman lagi, isu ini penting diberi perhatian oleh pihak kerajaan persekutuan kerana suku kaum Bajau Sama mempunyai dinamik dan berpotensi untuk maju ke depan.

Katanya lagi, apa yang perlu ialah pertolongan spesifik daripada pihak kerajaan bagi memastikan kaum itu tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Jelasnya lagi, satu dana khusus untuk membuat kajian terperinci mengenai kemunduran dan kemiskinan kaum Bajau Sama perlu diadakan.

“Dana tersebut boleh disalurkan terus kepada Persatuan Sama Sabah (PSS) dan United Sabah Bajau Organisation (USBO) yang mewakili kaum Bajau Sama di negeri ini atau Universiti Malaysia Sabah untuk membuat kajian tersebut.”

“Dengan adanya dana tersebut ia dapat membantu kedua-dua persatuan itu untuk memulakan kajian secara terperinci mengenai permasalahan yang menghantui kaum Bajau Sama selama ini,” tambah Abdul Rahman lagi.

25 ulasan:

evan medhousky berkata...

jangan sisihkan seluruh rakyat Sabah dalam bajet 2011.. biar lah peruntukan bajet ditentukan bukan berdasarkan kaum tetapi merangkumi keseluruhan rakyat di Sabah memandangkan kaum2 lain di Sabah juga berhadapan dengan masalah yang sama.

evan medhousky berkata...

diharapkan bajet 2011 ini banyak memberi kelebihan kepada Sabah dan Sarawak ekoran impak pembangunan di kedua2 negeri ini masih disifatkan agak perlahan berbanding dengan negeri2 di Semenanjung.

Anak Sabah berkata...

Lebih baik kalau bajet ini boleh memberi kebaikan kepada semua rakyat tanpa mengira apa bangsa dan agama. Maka masalah seperti ini boleh dikurangkan. Senang saja meluluskan sesuatu peruntukan yang boleh membantu semua rakyat. Tidak perlulah sengaja memisahkan peruntukan untuk orang Bajau, peruntukan untuk orang Dusun. Kalau mengikut cara ini, pasti ada sesetengah pihak yang tersisih.

Logop berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anak Sabah berkata...

Yang penting adalah menyatukan semua rakyat. Dan setiap usaha kerajaan boleh memberi kebaikan kepada semua, bukan menekan sesetengah pihak sahaja. Kita semua rakyat Malaysia, tidak perlu membeza-bezakan cara layanan.

Logop berkata...

Kerajaan tidak perlu mengira agama atau kaum dalam membuat bajet 2011. Adalah lebih baik jikalau kerajaan membuat bajet 2011 untuk seluruh rakyat.

joey berkata...

harap bajet 2011 nanti akan memberi manfaat kepada semua rakyat dan dapat memajukan negara kita.

mantra berkata...

bajet dan peruntukan perlulah diberi sama rata kepada semua kawasan dan kaum, semua rakyat berhak mendapat pembangunan.

Hamdan Hadillah berkata...

Biarlah semau dapat itu adalah yang paling adil dalam Bajet 2011. Harap semua akan berpuas hati dengan peruntukan bajet ini nanti.

Mahsiran berkata...

Bagus tindakkan ahli perlimen Kota Belud, menyuarakan sesuatu untuk kepentingan penduduk Kota Belud itu. Beliau mahukan bajet untuk 2011 itu Kaum Bajau di Kota Belud tidak ketinggalan. Harap PM akan memberikan kegembiraan kepada penduduk Kota Belud.

Sanih Alias berkata...

Jangan lupa, kaum Bajau antara kaum terbanyak di Sabah. Oleh itu jangan lupa dengan kaum tersebut dengan bajet 2011 nanti. Terima Kasih datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan kerana mengutamakan bangsa di Sabah. Tidak kira bajau atau dusun yang pentign peruntukkan bajet 2011 sabah jangan dilupakan.

zam berkata...

bajet 2011 nanti perlulah merangkumi semua rakyat dan pada masa yang sama dapat membantu golongan yang memerlukan.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin yg berani bersuara seperti inilah diperlukn oleh rkyat untuk menjaga kepentingan mereka, harap kerajaan akan menyediakan bajet untuk pembangunan masyarakt Bajau di Kota Belud, pada masa sama kaum lain juga perlu diberi perhatian.

amy berkata...

Mungkin sebab hanya balik2 KDM sahaja yang disebut maka orang Bajau sama rasa terpinggir..

amy berkata...

Pihak kerajaan tidak boleh hanya mementingkan suatu kaum saja diberi kepentingan di Sabah ini. Nanti boleh jadi keadaan seperti di Semenanjung.

orangkampong berkata...

Rakyat yang cerdik akan memilih calon yang cerdik juga ( bukan cerdik menyeleweng ! ).

Rakyat akan melihat calon dari parti mana yang boleh diharap untuk masa depan, bukan calon yang berjasa tapi kurop !

mike berkata...

bukan isu siapa yang dapat perhatian atau tidak..tidak seharusnya berlaku penyisihan bagi mana2 suku kaum dari arus pembangunan..

mike berkata...

diharap peruntukan dan pembangunan yang lebih sistematik dan menyeluruh akan menjadi fokus kerajaan..kawasan2 yang memerlukan perhatian khusus seperti di kawasan pedalaman sabah dan sarawak harus diutamakan..

Paquin berkata...

paling penting jangan sisihkan mana2 pihak :)

Paquin berkata...

Setuju eika. Saya harap bajet 2011

Paquin berkata...

bajet 2011 harus mampu memuaskan hati ramai pihak. Takda yang sempurna tapi dengan perancangan yang rapi saya percaya rakyat pasti menyambut baik bajet 2011.

Paquin berkata...

Ya supra. Pemimpin mmg harus bersuara jika suara itu mewakili suara rakyat.

Paquin berkata...

Apapun saya harap rakyat berpuas hati dengan bajet 2011:)

Antanum berkata...

semua kaum perlu diberi perhatian barulah 1Malaysia dipraktikkan...

POP berkata...

Memang perlu menjaga semua pihak.