Rabu, 15 September 2010

Perlukah perkara sebegini diingatkan?

Zolkharnain Abidin

Oleh kerana mangsa adalah orang Melayu dan suspek adalah bukan Melayu, maka seorang menteri mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan isu pembunuhan jutawan kosmetik ini sebagai isu perkauman.

Persoalannya, perlukah perkara sebegini diingatkan? Jika perlu, mengapa? Jika tidak diingatkan, apa pula yang akan berlaku?

Dapat ditebak, ingatan ini ditujukan kepada orang-orang politik kerana kebiasaannya isu-isu berkaitan bangsa dijuarai orang politik.

Cuma persoalannya, adakah mana-mana orang politik yang telah membangkitkan isu ini dari sudut perkauman?

Saya cuba mencari-cari atau mendengar-dengar isu ini dijadikan isu perkauman oleh orang politik. Namun saya belum menemuinya secara pasti.

Menteri Umno ini membangkitkan isu ini mungkin kerana ingin menunjukkan keprihatinannya terhadap isu-isu masyarakat. Kebetulan pula dia adalah menteri yang bertanggungjawab dalam potfolio itu.

Mudah-mudahan kenyataan ini memberi gambaran kepada umum bahawa Umno bukan parti perkauman. Atau, dia ingin memberi gambaran bahawa Umno sudah semakin mesra dan selesa dengan semua bangsa dan bukan bangsa Melayu sahaja.

Bukankah kebelakangan ini Umno semakin risau dengan sokongan bukan Melayu kepada parti itu?

Namun, dari suatu sudut ingatan menteri ini boleh menunaskan persepsi negatif mengenai hubungan antara kaum di negara ini.

Ingatan menteri ini seolah-olah memberi gambaran bahawa isu perkauman di negara ini sangat serius. Apa sahaja yang melibatkan bangsa atau kaum yang berlainan berpotensi untuk menimbulkan krisis perkauman. Seolah-olah begitu.

Teruk benarkah hubungan antara Melayu – Cina atau Melayu – India di negara ini sehingga dalam kes jenayah sebegini pun, ada menteri yang perlu mengingatkan perkara sebegitu?

Nampaknya pemimpin Umno masih terkurung di bawah tempurung kebangsaan Melayunya. Pada masa yang sama, pemimpin Umno terpaksa menunjukkan ‘sikap langkau bangsanya’ untuk menarik kembali sokongan orang bukan Melayu kepada BN.

Pada pandangan saya, berdiam diri daripada menyebutkan perkara ini adalah lebih baik. Kalau menteri ini menyebutnya pun, media tidak sepatutnya menyiarkan.

Kita perlu mencontohi sikap doktor. Tidak semua perkara yang diketahui daripada pesakit yang dirawatnya diceritakan kembali kepada pesakit.

Tapi, apakan saya, beliau menteri bukan doktor.

24 ulasan:

Leo berkata...

Adei, mestikah semua isu dikaitkan dengan perkauman hanya kerana orang terlibat adalah orang bukan Melayu dan Melayu.

Hosie Masie berkata...

Ini bukan kerana perkauman tapi mungkin kerana tamak dan persaingan dalam perniagaan. Apa pun kita tunggu keputusan yang akan kita ketahui tidak lama lagi. HArap rakyat boleh memikirkan secara rasional.

Leo berkata...

Kepada semua parti terutamanya UMNO, janganlah sengaja membangkitkan isu perkauman untuk kepentingan diri sendiri.

Anak Sabah berkata...

Sudahlah, tidak perlu mengaitkan perkara seperti ini dengan isu perkauman. Rakyat sendiri pandai menganalisi apa yang dinampak.

azman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azman berkata...

tak perlulah diperbesarkan pekara seperti ini. yang penting kita semua berharap agar kes tersebut dapat diselesaikan dan pesalah dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Tanpa Nama berkata...

'mengingatkan' adalah sesuatu yang baik sebagai bukti keperihatinan dan tanggungjawab. malah tindakan beliau mengingatkan rakyat merupakan langkah ke hadapan ekoran daripada wujudnya individu2 yang mula mempersoalkan perkaitan kaum dalam kes ini.

Tanpa Nama berkata...

"Pada pandangan saya, berdiam diri daripada menyebutkan perkara ini adalah lebih baik."

setuju,.. oleh itu jangan mempersoalkan tindakan menteri tersebut kerana apa yang dilakukan oleh penulis sekarang adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh menteri itu.

mantra berkata...

kes ini tidak berkaitan langsung dgn perkauman. hal2 perkauman tak perlulah nak dibangkitkan.

Unknown berkata...

Masing-masing mempunyai pandangan masing-masing. Ada baiknya menteri tersebut 'warning' dahulu sebelum ada pihak yang 'menggunakan' isu tersebut. Namun ada baiknya juga jika dia tidak menyebut isu tersebut supaya orang ramai tidak akan terfikir untuk menggunakan 'point' tersebut. Terpulang.

Unknown berkata...

Bukankah penulis sekarang juga sudah turut melakukan seperti apa menteri tersebut lakukan?

Mahsiran berkata...

Memang perlu menteri itu menegur terlebih dahulu sebelum berlaku berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Perlu diingatkan pembunuhan ini bukan unsur perkauman tapi kerana persaingan. Kita semua kaum mesti mengutuk pembunuhan kejam ini.

mandau berkata...

jgnlah nak kaitkan kes pembunuhan ini dgn perkauman, ia tak da kaitan langsung, jgn nak memecahbelahkan lagi perpaduan di negara kita.

Unknown berkata...

sebenarnya tidak salah Menteri UMNO mengingatkan supaya kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati itu tidak dijadikan isu perkauman. masyarakat kita ni kalau tidak sentiasa diingatkan, mereka akan mudah lupa...mudah melenting. jadi apa yang salah terhadap peringatan tersebut???

Unknown berkata...

sebenarnya sudah lumrah semua bangsa ada jahat dan ada yang baik. semua bangsa pun ada yang boleh jadi suspek pembunuh dan ia adalah perkara yang kita tidak boleh elakkan...

kb girl berkata...

Sebenarnya tiada orang mengaitkan kes ini sebagai isu perkauman. nampaknya menteri ini terlalu lapang masanya.

mike berkata...

janganlah kes pembunuhan ini pun dilihat sebagai peluang untuk dipolitikkan...semua benda pun mahu dipolitikkan...apakah malaysia belum cukup matang dalam konteks kepolitikan?

mike berkata...

diharapkan agar kes pembunuhan ini tidak dilihat sebagai satu isu perkauman dan tidak digunakan sebagai alat politik sesetengah individu..

mike berkata...

harap kes pembunuhan ini akan selesai dan yang bersalah harus dihukum..

Unknown berkata...

Tidak faham kenapa menteri tersebut perlu mengigatkan orang dengan cara ini. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran saya pun.

Unknown berkata...

Kekejaman tidak memilih mangsa. Tidak kira kamu bangsa apa, apa warna kulit mu.

Unknown berkata...

Kes ini tiada kaitan lansung dengan isu perkauman.
Menurut polis, ada lagi mangsa lain mungkin dibunuh suspek yang berbangsa India.

captain berkata...

Aduh hai. Bangsa sendiri pun jadi mangsa bah, duit saja dia orang mahu, bukan dia pilih mangsa ikut bangsa.

Unknown berkata...

Yang tidak baik, biar mudah lupa. Yang baik, kita bawa kehati selama-lamanya.