Jimadie Shah Othman |
Ini dikatakan sesetengah pihak diburukkan lagi dengan pendekatan 'liberalnya' dalam memimpin pemuda.
Bagaimanapun, yang bagusnya, menurut ahli parlimen Rembau itu, apa yang berlaku merupakan satu proses pembelakaran untuk 700,000 anggota pergerakan itu.
“Saya mesti tekun dan tunjukkan mereka apa yang saya percaya. Jadi mereka akan perlahan-lahan fahaminya. Mereka harus tanya diri sendiri, 'kenapa dia (Khairy) buat begini' daripada buat kesimpulan bahawa saya bukan wira yang mempertahan orang Melayu.
“Jika saya berkeras, mereka akan menolaknya. Saya mahu mereka berfikir tentang apa yang betul dalam politik dan tidak betul secara politik. Jika tidak, kita akan kalah dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.
“Tidak, sekiranya saya rasa sendiri, saya akan lebih sedih daripada hari ini. Saya sudah lepas semua ini, saya seorang yang realis dalam politik. Saya tidak letakkan harapan dan cita-cita tinggi sangat.
“Jadi bila saya lihat masalah dalam Pemuda Umno sebagai satu masalah, saya perlu telitinya dan fikirkan bagaimana mahu menyelesaikannya. Tetapi sekarang, bagaimana saya hendak ubah satu sudut masalah itu.
Khairy memenangi jawatan ketua pemuda Umno pada pemilihan yang lalu dengan mengketepikan saingan sengit daripada Datuk Muhkriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Pada masa yang sama, ketika ditanya sama ada beliau akan menjadi ketua Pemuda Umno sepenggal sahaja, Khairy senyum dan enggan memberikan kata putus.
“Semuanya tidak mustahil dalam politik,” katanya sinis.
Ahli politik muda berumur 34 tahun itu juga meggambarkan ada persamaan antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengambil alih teraju pemerintahan daripada Abdullah.
Katanya, cabaran terbesar Umno dalam pilihan raya umum akan datang ialah bagi membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu telah berubah.
“Secara umumnnya, saya rasa rakyat suka arah yang dibawa Najib,” kata Khairy ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
“Kritikan terbesar daripada pengundi kelas menengah dan atasan, yang terpelajar, sama ada beliau (Najib) bergerak solo. Dan disebabkan apa yang disebut 'kami percaya sebab pemimpin semestinya buat sesuatu yang baik', tetapi apakah beliau dapat sokongan daripada semua orang?
“Mungkin situasi yang sama seperti saya dalam Pemuda Umno.”
12 ulasan:
KJ perlu berusaha lagi untuk menjadi lebih relevan.
apa pun buatlah yang terbaik untuk rakyat. UMNO perlu terus berusaha untuk menjadi lebih maju..
“Saya mesti tekun dan tunjukkan mereka apa yang saya percaya. Jadi mereka akan perlahan-lahan fahaminya. Mereka harus tanya diri sendiri, 'kenapa dia (Khairy) buat begini' daripada buat kesimpulan bahawa saya bukan wira yang mempertahan orang Melayu."
Somehow I agree with his statement. Don't quickly judge a person without knowing the real truth.
Whatever it is, do what is best for the rakyat.
Golongan belia muda merupakan jumlah pengundi yang terbesar yang mendaftar. Jadi pandangan mereka sekarang tidak boleh dipandang belakang jika ingin memenangi pilihanraya nanti.
Jangan mudah puus asa dengan semua ini. Sebagai ketua mesti kita tunjukkan kebolehan kita sebagai pemimpin untuk mereka. harap KJ akan dapat melakukan yang terbaik untuk pemuda-pemuda.
“Jika saya berkeras, mereka akan menolaknya. Saya mahu mereka berfikir tentang apa yang betul dalam politik dan tidak betul secara politik. Jika tidak, kita akan kalah dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.
inilah yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin..nampaknya KJ makin matang dalam politik..bagus..
apa yang penting, BN harus mengukuhkan kedudukan mereka di hati rakyat. apa yang tidak betul di mata rakyat harus diubah..rakyat kini bijak menilai serta memilih.
Kadang2 susah juga bah mo faham ideologi/tindakan seseorang. Jadi ada baiknya kalau kita tak buat andaian -ve terlalu cepat sebelum kita memahami sepenuhnya senario yg berlaku.
Apapun saya harap ahli umno dapat bersatu. Berusahalah utk saling memahami bagi mengelakkan sebarang salah faham timbul.
ahak....kalau Pak Lah yang jadi PM dia akan cakap dia sama dengan Pak Lah juga, kalau Anwar jadi PM dia pun sama juga dengan Anwar.....gelihati gua! muahahahaha
tidak pun sama...fizikal atau tahap pemikiran! perasaan KJ saja tu...simpati dengan KJ:)..entah apa kata Najib..mesti dia rasa lucu kan???
Catat Ulasan