JAKARTA — Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan Ke-53 hari ini.
Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih yang mereka sebut sebagai ''hadiah'' Hari Kemerdekaan Malaysia.
“Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini. Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami,” katanya.
Sebelum melakukan aksi, mereka turut melakukan ''apel siaga'' iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk perang kepada sukarelawan ''Ganyang Malaysia''.
Aksi berkenaan telah mencetuskan kekecohan dengan anggota polis yang menghalang para anggota Bendera yang cuba menutup jalan dengan kerusi dan meja sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Diponegoro.
Pada 23 Ogos lalu, sekumpulan penunjuk perasaan daripada Bendera telah membawa ''hadiah'' najis manusia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dan melemparkan najis itu ke dalam kawasan bangunan kedutaan besar itu.
Kumpulan itu turut mengotorkan bendera Malaysia yang sedang mereka pijak di atas jalan ketika itu, dengan najis manusia juga.
Hari ini sekumpulan 20 orang dari Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) atau Pusat Maklumat Rakyat berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini membawa patung Upin dan Ipin yang diletakkan dalam plastik bersama beberapa ekor tikus.
Mereka menganjurkan warga Indonesia memboikot produk Malaysia.
Bantahan berterusan melalui demonstrasi berlaku di sini dan beberapa tempat di seluruh Indonesia bagi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu.
Dalam insiden itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu kerana didakwa masing-masing menceroboh perairan wilayah negara masing-masing.
Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos oleh pihak berkuasa kedua-dua negara. —
9 ulasan:
Bendera ni makin menjadi jadi pla. hal kecik mcm gitu pun nak merusuh lebih2. benar tak ada pemikiran yang waras.
Ini mesti ada dalang sebab kenapa bendera yang begitu berani melakukan semua ini. Mesti ada parti yang menyokong bendera ini. Harap parti tersebut cubalah berfikir yang terbaik dan bukan mahu mempecehabelahkan Malaysia dan Indonesia.
Kita tidak perlu takut akan perbuatan mereka itu. Namun saya hanya rasa kecewa kerana mereka tidak mahu menyelesaikan masalah ini dengan cara yang rasional tapi macam sengaja mahu membangkit kemarahan semua.
One thing I'm glad about is that Malaysian didn't acted the same way as the Indonesian.
Malaysia has nothing to afraid of. The group of protester are not big. I'm sure after a while, they will get bored. I don't think its possible for them to protest for a very long period. They still need to work to raise their family.
biarkan mereka.. hanya disebabkan mahu jadi penunjuk perasaan, mereka sanggup buang masa, buang tenaga, mencemarkan imej negara sendiri dan memalukan seluruh rakyat indonesia. jangan jadi macam mereka yang tersekat mindanya oleh emosi.
tindakan mereka amat mengecewakan kerana tidak menghormati Malaysia. apa pun rakyat Malaysia perlu bersabar dan tidak melakukan seperti mereka. sikap rasional perlu diamalkan dan bukannya mengikut emosi semata-mata.
hahahhahhaa.. aku lucu lah tengok kumpulan perusuh tu.. Macam sengaja ja nak tarik perhatian media - mahu masuk TV la katakan:P hahahhahaha
Apapun niat/dalang disebalik isu ni; semoga semuanya dapat ditanggani denagn baik.
Catat Ulasan