Rabu, 9 Disember 2009

Tiada Lagi Cas Ligas ‘Free’, kena tambang RM 1 dan RM 2


KUALA TERENGGANU - Mulai 1 Januari ini, tiada lagi ‘bas free’ kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas Cas Ligas kerana ia akan mula mengenakan tambang.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/casligas.jpgRM1 akan dikenakan bagi laluan dari pusat bandar ke Chendering dan ke Taman Tamadun Islam (TTI) manakala RM2 untuk perjalanan ke Batu 6 sehingga Gong Badak.


Bas bandar kendalian anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), merupakan bas yang kontroversi.

Bentuknya yang pelik, dikatakan menarik perhatian orang ramai, namun begitu, sesetengah pihak menggelarnya sebagai ‘bas keranda’.

Sebelum ini, perkhidmatan percuma yang diberikan bukanlah disengajakan.

Kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian, apabila ‘bentuk’nya yang pelik itu, tidak melepasi piawaian keselamatan bahagian perlesenan kenderaan perdagangan.

Pengurus Operasi Cas Ligas Sdn. Bhd., Mohd. Asri Hassan berkata, tambang itu dikenakan setelah mengambil kira dari segi keperluan untuk menampung kos operasi bas berkenaan ketika ini.

Katanya, setakat ini, perkhidmatan yang disediakan hanya membabitkan laluan ke Chendering dan TTI manakala laluan baru akan ditambah untuk perjalanan ke Gong Badak.

"Untuk laluan ke Batu 6 sehingga Gong Badak, bas akan singgah di Pulau Duyong dengan caj tambang RM1 dan jika penumpang nak ke Batu 6 atau Gong Badak, mereka perlu bayar RM1 lagi,

"Kita harap orang ramai gembira dengan perkhidmatan baru mulai 1 Januari ini, caj yang dikenakan lebih rendah berbanding bas awam lain selain dilengkapipendingin hawa dan mesin tiket berharga RM84,000 untuk enam buah bas bandar,"ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Namun tidak pula dinyatakan, samada pihak perlesenan kenderaan perdagangan telah meluluskan sebagai pengangkutan awam atau pun sebaliknya.

BERITA BERKAITAN:

Rahsia Terbongkar – Mengapa Bas Bandar Beri Khidmat Percuma

Penipuan Tentang ‘Cas Ligas’ terbongkar, kononya kerajaan bermurah hati memberikan khidmat percuma kepada rakyat yang menggunakan khidmat bas bandaraya Kuala Terengganu.

Padahal sebenarnya rekabentuk ’Bas Bandar yang ‘pelik’, dilancarkan pada 27 Ogos tahun lalu tidak diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Kerajaan Terengganu kini tidak dapat pulangan dari pelaburan yang menggunakan RM3.4 juta wang rakyat semata untuk merealisasikan ‘idea gila’ bekas Menteri Besar Dato Seri Idris Jusoh.

Walaupun pada asal cadangan perkhidmatan tersebut tambang dibayar sebanyak 50 sen, namun ia diberikan percuma apabila LPKP tidak mengeluarkan permit kerana cukai kastam yang belum dilunaskan selain masalah rekabentuk.

Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan menyatakan kegagalan memperolehi permit dari LPKP menyebabkan bas tersebut menjadi liabiliti.

Akhirnya hanya empat buah bas yang dibeli dengan harga RM430,000 sebuah, bergerak mengelilingi Kuala Terengganu, sementara empat buah lagi ‘sekong’ dibawah garaj.

Walaupun nampak cantik, dengan atap bercirikan seni ukir Terengganu, namun rekabentuk ‘cas ligas’ gagal melepasi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh LPKP.

Buletinonline sebelum ini pernah mempersoalkan rekabentuk tersebut dalam artikel ‘
Dilema Pengangkutan Awam Terengganu’ yang juga kebetulan mempersoalkan adakahh ianya sebuah rumah atau kenderaan..

Tiada ulasan: