Oleh Mohd Sayuti Omar
SAYA perhatikan orang Melayu satu jenis manusia yang tidak konsisten dalam banyak perkara. Bangsa ini juga cakap banyak, suka mengugut, suka menimbulkan kontroversi dan suka bergaduh dan dengki sesama sendiri. Sifat ini terbawa dalam semua aspek kehidupan, khususnya politik dan agama.
Walhal dua aspek ini sangat penting bagi kehidupan mereka, namun mereka boleh bergaduh mengenai bidang ini hamapir-hampir membunuh antara satu sama lain.
Masalah ini ia telah lama diketahui. Pakar psaikologi dan antropologi telah pun memperkatakan masalah ini berdasarkan analisa dan kajian empirikal mereka. Namun amaran dan peringatan itu ia tidak diambil hirau. Sikap ini bukan saja ada pada Melayu yang berpendidikan rendah, tetapi Melayu berpendidikan tinggi yang bergelar intelektual juga. Bahkan Melayu intelektuallah yang mengajar Melayu berpendidikan rendah untuk bergaduh!
Kesemua sifat ini membawa kepada kehidupan Melayu yang tertutup. Berfikiran secara jumud, ego, keras kepala dan panas baran yang natijahnya akan meletakkan Melayu dalam satu belenggu (stigma) hidup yang meresah dan menyeksakan.
Sebagai contoh tengok saja bagaimana sikap Melayu dalam mempertahankan kedudukan dan maruah bangsa mereka. Mereka bercakap perkara ini sampai berbueh mulut. Bueh mulut itu kalau dihimpun sudah boleh jadi sebuah kolam yang boleh menenggelamkan kaum Melayu di negara ini.
Misalnya serangan mereka ke atas DAP atau orang Cina tidak pernah berhenti. Apa yang Melayu nampak DAP dan Cina hendak merampas hak Melayu yang ada di negara ini. Prejudis kepada Cina tidak pernah tamat. Kecemburuan kepada Cina juga tidak berakhir. Mereka menentang DAP dan Cina ini dengan perasaan bukan dengan hati.
Kerana itu mereka memberi amaran dan warning dari masa ke semasa. Kata-kata, “jangan main api”, “jangan biadap”, “sedar diri”, “ini peringatan terakhir”, “jangan cabar Melayu”, dan sebagainya sering kita dengar dari masa ke semasa. Bila ada sesuatu isu atau kejadian mencabar wibawa Melayu maka akan terhemburlah kata-kata nesta yang sudah tidak ada nilai lagi ini.
Entiti yang terkena dengan belasahan ini ialah DAP. Ada sikap double standard juga orang Melayu dalam menyerang orang Cina ini! Terbaru amaran dari pertubuhan apa dinamakan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM). Pertubuhan ini memberi amaran tegas kepada DAP supaya tidak lagi mengungkit soal ketuanan Melayu.
Kata presidenya, Dr Kamarudin Kancar kalau sentuh juga akan mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Saya ingin tanya tentangan hebat macam mana? Apakah orang Melayu akan membawa sabit dan parang untuk berdepan dengan DAP? Begitukah? Atau setakat berani membakar atau kencing atas gambar pemimpin DAP?
Sebenarnya sudah banyak kata-kata sebegini dikeluarkan. Kandatipun begitu keadaan dan sikap DAP dan orang Cina lain tidak pun berubah. Apa yang orang Melayu merasakan tindakan mereka mencabar Melayu itu terus saja berlaku sepanjang masa.
Dalam kehebatan Melayu memberi amaran dan warning, mereka terus memperolehi apa yang mereka inginkan. Keadilan sosial yang mereka perjuangkan demi kepentingan kaum mereka sudah diperolehi sedikit demi sedikit. Misalnya tuntutan agar memansuhkan ISA sudah diperolehi bila mana kerajaan telah membuat pindaan.
Begitu juga dengan DEB yang dilihat mendiskriminasikan mereka telah dirombak hasil daripada perjuangan mereka. Hak-hak keistimewaan Melayu menerusi DEB sudah pun dikurangkan. Terbaru ialah desakan DAP agar BTN dibuabrkan untuk tidak menjadi bilik indoktrininasi kepada Umno.
Jadi apakah erti dan maknanya orang Melayu melaung, membakar gambar, mengangkat sepanduk dan meludah kata-kata kesal yang merindingkan bulu roma, tetapi ia tidak memberi bekas langsung dan pihak dikecamnya sedikit demi sedikit memperolehi apa yang dijuangkan. Kalau boleh dicatatkan kejayaan PAP, Lee Kuan Yew mengambil Singapura sebagai kejayaan orang Cina, inilah contoh terbesarnya.
Dalam menghadapi isu ini apakah orang Melayu cukup setakat melaung, mengancam, mengugut yang tidak pun ditakuti dan diedahkan oleh DAP dan orang Cina itu? Walhal apa yang mereka buat sejajar dengan hak-hak kebebasan manusia dan naluri sejagat. Apa yang mereka buat menurut undang-undang yang ada. Contohnya DAP bercakap, menuntut itu dan ini kerana kita ada ruang yang dihalalkan menerusi kebebasan bersuara – demokrasi. Menyeronokkan mereka lagi ada segelintir Melayu yang tukang menterjemahkan tuntutan itu.
Kalau tidak mahu mereka bercakap tutup ruang itu, haramkan DAP. Soalnya pula apakah kita tidak dinamakan kolot, zalim dan tidak bertamadun atau berfikiran surut ke belakang? Zaman orang membuka langit negara kita menutup atap rumah.
Sebaiknya apa juga serangan DAP dan Cina ke atas Melayu dilawan dengan hujah yang rasional. Tindakan memakin hamun, membakar gambar pemimpin DAP dan Cina lain tidak memberi apa-apa kesan. Malahan tindakan itu akan dibenci dan menyebabkan Melayu yang berfikir global dan sudah tidak bersifat dan budaya Melayu akan turut dan simpati sama menyokong DAP dan Cina.
Tidak ada gunanya beratus pertubuhan dan NGO untuk membela Melayu. Semuanya tidak akan mencapai matlamat. Seperti mana yang sering saya katakan selagi pertubuhan itu didalangi oleh pemuka Umno ia tidak akan disokong oleh Melayu yang atas pagar. Kepercayaan kepada pemuka Umno ini sudah lama hilang. Sebabnya bukan apa, pemuka-pemuka ini baru mengenali sahabat ketika dirinya sudah senak dan sakit. Kebanyakan pemuka-pemuka ini hipokrit dan manufik.
Sehubungan itu juga pemimpin siasah Melayu sendiri harus membina intergriti diri yang mantap. Mengapa pemimpin Cina khasnya DAP diminati kerana mereka mempunyai intergriti dan kredibiliti yang mampan. Sebaliknya soal intergriti dan kredibiliti ini di kalangan pemimpin Melayu agak buruk dan sesetengahnya amat jelek.
Ramai orang kata untuk Melayu menjamin hak mereka Melayu kena bersatu. Pada saya dalam keadaan hari ini Melayu tidak akan bersatu. Ego dan amarah Melayu sangat tinggi. Inilah menyebabkan Melayu akan membenci antara satu sama lain. Bangsa dan agama bukan wadah yang boleh mempersatukan Melayu. Sebab masing-masing ada teori, ada formula dan ada fahaman dan keyakinan tersendiri. Dalam penghayatan agama Pas dengan Umno tidak sama, persamaannya hanya dalam filsafah dan kiblat saja.
Persefahaman antara kaum yang dibentuk atas maslahat kebaikan kini menjadi penyakit kepada masalah ini. Melayu yang menerima baik persefahaman (integrasi) itu sedia membelakang dan menendang Melayu lain dan sanggup berkerjasama sepenuh hati dan sepenuh jiwa dengan bukan Melayu. Persefahaman inilah yang menjadi masalah dan penyakit kini.
Justeru bagi saya kalau ingin melihat Melayu bersatu maka sesuatu bencana besar harus berlaku ke atas negara ini. Dengan adanya bencana besar saja menjadikan Melayu sedar diri dan akan bersatu. Sudah menjadi lumrah manusia bila dalam keadaan terjempik baru mereka ingatkan kawan dan Tuhan.
Contoh mudah, orang Melayu bila tersepak tunggul di jalan atau terjatuh longkang dia akan menyebut, Allah... maknanya orang Melayu ingat Tuhan waktu sakit saja. Selagi tidak sakit Melayu akan ego, 'manggak' dan merasa hebat sendiri. Maka mulai hari ini marilah kita merancang satu bencana besar untuk menyedarkan Melayu.
http://msomelayu.blogspot.com/
1 ulasan:
Persoalkan pula kedudukan bukan Melayu (bukan bumiputera) di negara ini yang masih tidak tahu adab dan bahasa di sini. Patut atau tidak mereka ini dinyahkan saja keluar.
Catat Ulasan