Selasa, 15 Disember 2009

Gunung berapi: Filipina pindahkan 9,000 keluarga

LAPORAN :AFP


LEGASPI – Kerajaan Filipina mengarahkan pemindahan 9,000 keluarga selepas satu daripada gunung berapi paling aktif di negara itu menunjukkan tanda-tanda aktif semalam dengan mengeluarkan asap dan abu ke udara.

Sebanyak lima letupan yang mengeluarkan abu berlaku di gunung berapi Mayon dan `bahan-bahan pijar telah keluar sehingga tiga kilometer daripada kawah’, menurut pakar gunung berapi kerajaan, Danilo Bon.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina turut meningkatkan status amaran kepada tahap tiga, iaitu peringkat `kritikal’ dan mungkin akan meletup tidak lama lagi.

Gabenor wilayah Joey Salceda telah mengarahkan seramai 9,000 keluarga yang tinggal di sekitar enam ke lapan kilometer di bahagian selatan kawah dipindahkan.

Tiada ulasan: