Jumaat, 2 Oktober 2009

EU hantar bantuan kemanusiaan ke Padang

OLEH: AFP


BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) hari ini menyalurkan bantuan kemanusiaan sebanyak tiga juta euro (RM15.4 juta) kepada mangsa gempa bumi yang telah membunuh lebih 500 orang mangsa di Padang, Indonesia.

‘Bantuan untuk mereka yang terselamat itu meliputi semua dari penyediaan tempat berlindung hinggalah kepada bekalan air bersih. Bantuan itu akan disalurkan secepat mungkin,” kata Komisioner Bantuan Kemanusiaan EU, Karel De Gucht.

Menurut beliau, pihaknya telah mengenalpasti bantuan kemanusiaan yang diperlukan dan EU sedia menghantar bantuan selanjutnya jika perlu.

Di Berlin, Menteri Luar Jerman berkata, tabung kecemasan negaranya menyumbang satu juta euro melalui badan pertubuhan bantuan untuk menyediakan makanan, perubatan, air bersih dan pembinaan rumah-rumah sementera kepada mangsa gempa bumi Indonesia.

Menteri Luar Switzerland pula menghantar satu pasukan pakar terdiri daripada 120 anggota penyelamat khas ke Indonesia bermula esok (Jumaat).

Tiada ulasan: