Ali Hashim | |
PULAU PINANG : Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr.Mansor Othman telah dilantik sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru negeri Pulau Pinang bagi menggantikan Datuk Zahrain Mohamed Hashim.
Menurut Dr.Mansor rombakan yang dibuat ini adalah bagi memantapkan lagi pengaruh PKR dan juga Pakatan Rakyat di negeri ini. "Rombakan ini adalah penting dalam usaha PKR untuk mengukuhkan lagi jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. "Ia juga adalah untuk memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang gagal mencapai kemenangan dan mengekalkan kemenangan di kawasan yang telah dimenangi sebelum ini," katanya. Dr.Mansor juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa peralihan tampuk kepimpinan di beberapa buah negeri adalah kerana kegagalan pemimpin tersebut melaksanakan tannggungjawab sebagai Pengerusi PKR negeri. "Sebenarnya peralihan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memantapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Datuk Zaharain juga telah diserapkan ke Biro Politik Pusat bagi merancang dan merencanakan pergerakan PKR Pusat disamping membuat pemantauan PKR negeri Pulau Pinang." Beliau juga akan membuat beberapa rombakan kecil kepimpinan parti peringkat negeri setelah mengadakan mesyuarat dengan semua ketua cabang parti tidak lama lagi. "Saya yakin dengan pertemuan yang akan diadakan bersama-sama dengan semua ketua cabang adalah salah satu jalan untuk menyelesaikan apa jua masalah dalaman parti yang dihadapi oleh mana-mana cabang PKR dalam negeri ini,"katanya lagi._ |
Khamis, 29 Oktober 2009
Dr Mansor dilantik Pengerusi PKR Pulau Pinang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan