Rabu, 2 September 2009

Budak tiga tahun mati ditikam


Mohd. Adam

KOSMO!

GUA MUSANG - Seorang budak lelaki berusia tiga tahun mati dibunuh dipercayai oleh saudaranya sendiri ketika mangsa bermain di ruang tamu rumahnya di Kampung Baru di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supritendan Aziz Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi ketika mangsa, Mohd. Adam Azrai Rosman yang sedang bermain tiba-tiba didatangi suspek yang dipercayai penagih dadah tegar.

"Sebaik masuk ke rumah itu, suspek terus menikam rusuk kanan mangsa dengan pisau," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, selepas ditikam kanak-kanak itu dikatakan boleh bergerak walaupun perutnya berdarah.

Ibu bapa mangsa semasa kejadian dikatakan sedang tidur dalam bilik.

"Sebaik menyedari anak tunggal mereka cedera, pasangan itu terus menghantar mangsa ke Hospital Gua Musang tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan kerana telah meninggal dunia," kata beliau.

Aziz memberitahu, sebelum kejadian itu, ibu bapa kanak-kanak itu dipercayai telah bergaduh dengan suspek berusia 22 tahun di rumah mereka.

Tiada ulasan: