Sabtu, 26 September 2009

Ops Sikap: 12 kematian dicatatkan pada hari ke-13

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 lagi kematian dicatatkan pada hari ke-13 Ops Sikap semalam menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya musim perayaan ini meningkat kepada 222 orang.

Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman hari ini, penunggang dan pembonceng motosikal masih mendahului jumlah senarai dengan lima kematian dan diikuti tiga pengguna kereta dan empat pejalan kaki.

Sebanyak 1,003 kemalangan berlaku semalam dengan jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 414 kes, diikuti jalan persekutuan (277), jalan negeri (173), lebuh raya (77) dan jalanjalan lain 62 kes.

Dalam operasi semalam, sebanyak 11,783 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-20 yang akan berakhir esok bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

Tiada ulasan: