Ahad, 27 September 2009

51 terbunuh, 21 hilang dalam ribut di Manila

OLEH : AFP


Manila - Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh manakala suku juta penduduk hilang tempat tinggal apabila ribut Ketsana melanda Manila yang dikatakan bencana paling buruk sejak empat dekad lalu.

Manila dan kawasan sekitarnya ditenggelami hujan lebat selama sembilan jam semalam mengakibatkan banjir yang melumpuhkan 80 peratus kawasan di ibu negara Filipina itu.

Terdapat kawasan yang ditenggelami air sedalam 20 kaki dengan beberapa lebuh raya bertukar menjadi lebuh sungai.

Setiusaha Pertahanan, Gilberto Teodoro yang mengetuai usaha menyelamat mengesahkan 51 orang dipercayai terbunuh manakala 21 lagi masih hilang dengan helikopter digunakan untuk menyelamatkan 4,000 mangsa setakat ini.

Tiada ulasan: