Oleh Go Malaysian
OfficialSecret Acts (British) diperkenalkan pada tahun 1911, tujuan utamaundang-undang ini adalah untuk menyekat aktiviti-aktiviti perisikandari negara musuh pada masa itu. Namun undang-undang tersebut telahdiubahsuai beberapa kali untuk memenuhi keperluannya dari semasa kesemasa. Namun, tujuannya adalah sama iaitu untuk menahan/mengawalmereka yang mampu menyebabkan aktiviti-aktiviti yang boleh membawakemusnahan kepada negara, terutamanya pegawai yang terlibat dalamurusan luar negara dan urusan ketenteraan.
Akta Rahsia Rasmi(OSA) dari Malaysia digubal berasalkan Official Secret Acts dariBritish, namun penggunaan dan pelaksanaan OSA adalah jauh lebih luasjika dibandingkan dengan Official Secret Acts dari British.
Sehinggahari ini, kerajaan tidak penah dan tidak bercadang untuk memperjelaskanpenggunaan dan pelaksanaan Akta Rahsia Rasmi (OSA), keadaan ini telahmenyebabkan sebarang dokumen kerajaan boleh diklasifikasikan sebagairahsiah atau tidak oleh pihak yang berkaitan secara suka hati mereka.Pihak yang berkaitan adalah seperti Menteri, Menteri Besar ataupunKetua Menteri malah sebarang pegawai kerajaan.
Masalah ini agakserious sehingga seseorang pemberita boleh didakwa dibawah OSA walaupundia hanya melaporan terdapat bilangan cawan yang wujud dalam pejabatmenteri, seperti yang tertulis dalam tulisan Zhuan Di Jun pada tahu 1987.
Aktayang tidak dikawal ketat dan tidak telus ini telah mencabul hak rakyatuntuk mengetahui sesuatu perkara. Selain itu, ia juga dijadikan sebagaialat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menutup sesuatu isu.
Walaupunpara pemimpin negara selalu mengatakan Malaysia adalah sebuah negarayang mengamalkan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, namun Aktatersebut telah disalahgunakan oleh mereka untuk menyekat pembongkaransesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara dan menyekatprinsip kebebasan bersuara. Hal ini terbukti apabila kerajaan dan pihakpolis telah menyiasat laman web Malaysia Today dengan akta tersebut.Malaysia Today telah mengemukukan sepucuk surat dimana surat itu telahmembongkarkan kegiatan dan juga maklumat penjualan tanah di Port KlangFree Zone (PKFZ).
Adakahlangkah untuk menyiasat Malaysia Today dengan Akta Rahsia Rasmisekiranya PM Najib telah menunjukkan keinginannya untuk menyiasat isuPort Klang Free Zone (PKFZ). Kabinet seharusnya mempertimbangkan hakrakyat untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di PKFZ walaupundokumen itu dibuktikan sebagai dokumen kabinet akhirnya.
PenyalahgunaanAkta Rahsia Rasmi (OSA) sudah terbukti sejak lama lagi, sebagai contoh,kewujudan pelbagai perjanjian yang berat sebelah dalam kontrak diantarakerajaan dengan pengusaha lebuhraya.
Selain itu, Liew Chin Tongyang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan (Shadow CabinetPakatan) juga berkata kerajaan mewartakan Doumen Pertahanan dibawahAkta Rahsia Rasmi supaya tidak boleh dibincangkan diluar parlimen.
Kini,Kerajaan Barisan Nasional masih memperkenalkan pelbagai akta untukmelindungi mereka walaupun semakin banyak negara asing terutamanyanegara barat mula memperkenalkan Information Freedom Act. Langkahkerajaan ini telah mencabul hak rakyat untuk mengetahui kebenaran disebalik sesuatu isu. Sampai bila rakyat boleh mendapat kebebasan yangsebenar yang mengawasi kerajaan sekiranya Akta ini tidak digubal?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan