Ahad, 23 Ogos 2009

Teori 'pendulum' Umno dah jadi 'merudum'!

Oleh: Dzulfikar Mashoor


BUKIT MERTAJAM : Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hilang kawalan apabila berasa yakin bahawa sokongan pengundi di N11 Permatang Pasir akan berpihak kepada Umno Selasa depan; berdasarkan teori pendulum.

"Selalunya teori landung jam ini sekali ke kiri dan tentunya (kemudiannya) ke kanan. Ini (teori Maslan) tak betul... (tahun) 1995 ke kiri (Umno) dan selepas itu (penggal) 1999, 2004 dan 2008 ke kanan (Pas). Yang ini bukan lagi teori pendulum, tapi 'merudum' (kekalahan berterusan dalam pilihanraya)."

"Dari segi berfikir pun, Maslan sudah tersalah berteori. Saya yakin, sama ada Maslan sudah hilang kawalan (tidak rasional) atau sengaja enggan terima hakikat bahawa mood pengundi sebenarnya tidak lagi bersama mereka (Umno BN)."

Idris secara sinikal turut menjelaskan bahawa teori pendulum Maslan juga bertentangan dengan teori pendulum dalam disiplin sains.

Di sebalik itu, Idris mengatakan bahawa Maslan seorang yang agak Islamis sewaktu di bangku sekolah menengah; dan beliau tidak menjangka dia akhirnya memilih Umno sebagai jalan perjuangan.

Jelas Idris lagi, beliau sewaktu mewakili Kolej Islam Klang (KIK) 1983 dahulu, pernah mengalahkan Maslan yang mewakili Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) dalam Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri.

Beliau berharap peristiwa kemenangan itu akan berulang lagi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pilihanraya N11 8 Mac lalu, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mewakili PAS menang majoriti 5433 undi mengalahkan Ahmad Shahar Shuib dari Umno.

PAS berjaya memenangi kesemua sembilan peti undi; untuk semua saluran dua (2) hingga hingga lima (5).

Bagaimana pun, Umno hanya mendapat 7 undi majoriti (saluran 1) untuk peti undi Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir; dan 47 undi majoriti (saluran 1) untuk peti undi Sekolah Bukit Indera Muda.

Petang tadi, Maslan menegaskan bahawa Umno kalah lebih 600 undi pada pilihanraya umum ke 11 disebabkan landung jam ke kanan. Pilihanraya umum 2008, landung jam ke kiri menyebabkan Umno kalah lebih 5000 undi.

"Jadi kalau ikut teori saya, pada tahun 2009; ia akan pergi kanan, (dan) BN akan menang," kata Maslan berteori. _

Tiada ulasan: