Jumaat, 28 Ogos 2009

Najib mahu krisis MCA diselesaikan segera

Salhan K Ahmad


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa MCA supaya menyelesaikan segera masalah dalamannya sebelum ia menjadi isu besar kepada BN.

Bercakap selepas merasmikan mesyuarat Majlis Penasihat ekonomi Negara di ibunegara hari pagi ini, beliau berkata, kedua-dua pihak dalam parti itu mesti memberi pertimbangan kepada kepentingan BN dan tidak membiarkan krisis dalam itu menjadi semakin "parah".

Kelmarin MCA memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ekoran skandal seksnya telah mencemarkan reputasi parti komponen kedua terbesar dalam BN itu.

Berikutan itu wujud dua puak dalam MCA - satu pimpinan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dan satu lagi menyokong Chua.

Berikutan pemecatan tersebut, penyokong Chua kini sedang melancarkan kempen mengutip tandatandangan perwakilan MCA untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membatalkan pemecatan Chua dan melucutkan kuasa Ong sebagai presiden MCA.

Menurutnya, Najib menegaskan, MCA perlu menyelesaikan segera krisis tersebut dan tidak membiarkan ia menjejaskan sokongan rakyat kepada MCA dan BN.

Tiada ulasan: