Wartawan Buletin
PERMATANG PAUH - UMNO dan Barisan Nasional (BN) diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat Ibrahim dari Bekas Setiausaha BN Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.
Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Khalid sendiri juga pernah memangku jawatan Ketua Menteri.
Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz Omar mendedahkan perkara ini dalam sidang medianya hari ini
Mahfudz berkata demikian ketika mengulas kecaman-kecaman pemimpin UMNO terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang menjadi ’wistle blower’ mendedahkan perkara terbabit.
Dengan kenyataan Mahfudz, UMNO tidak perlu lagi menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin UMNO/BN sendiri.
Menurut Mahfudz, Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua Menterinya.
"Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya," kata Mahfuz.
Khalid juga, kata Mahfuz, adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.
"Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah," kata Mahfuz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan