"Ahmad Maslan bohong dan berniat jahat"-kata Yusri Isahak
Wartawan Buletin
PERMATANG PAUH – Bekas rakan kongsi Calon UMNO/BN Rohaizat Othman mengotakan katanya dengan berucap di atas pentas PAS dalam siri kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
Yusri Isahak, yang membuat penampilan mengejutkan pada 20 Ogos lalu pada satu sidang media khas di Yayasan Aman, Penanti, telah mengatakan, kawan baiknya Rohaizat mengkhianati UMNO/BN kerana tidak menyatakan kebenaran.
Semalam, di pentas ceramah PAS yang berlangsung di Permatang Janggus disini, Rohaizat telah dengan tegas menyatakan, tuduhan ketua penerangan UMNO Ahmad Malan keatas dirinya adalah bohong dan berniat jahat.
”Saya, Yusri Isahak, telah dituduh di dalam TV dan suratkhabar bahawa saya yang menyebabkan lesen guaman Rohaizat digantung,
”disini, saya ingin nyatakan adalah urusan jual beli tanah ini disedari sepenuhnya oleh rakan kongsi saya Rohaizat Othman,
”jadi apabila Ahmad Maslan mengatakan bahawa Rohaizat Othman tidak langsung mengetahui urusan jual beli tanah ini,
”ia adalah satu pembohongan, satu penipuan yang sengaja diadakan untuk menunjukkan calon mereka itu adalah seorang yang bersih,”tegasnya.
Menurutnya, beliau tampil bukan untuk berkempen bagi pihak PAS kerana menurutnya PAS adalah parti yang sudah stabil dan kuat untuk memenangi pilihanraya berkenaan.
Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya penampilan beliau adalah atas desakan pihak lain dan beliau dipergunakan oleh PAS.
Yusri turut mengimbas kembali zaman pengajiannya di universiti bersama-sama rakannya yang katanya, kini digunakan sepenuhnya oleh UMNO/BN untuk mencapai matlamat dan kepentingan parti itu semata-mata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan