Ahad, 19 Julai 2009

Selangor perlukan lebih 1.5 juta unit rumah menjelang 2015

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Sebanyak 1,519,678 unit kediaman diperlukan oleh Selangor pada 2015 berbanding 1,224,948 pada 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Tetapi Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, daerah terbanyak adalah Petaling dengan 434,948 unit, Klang (263,839) dan Hulu Langat 293,375.

“Menurut laporan, sebanyak 97,903 unit kediaman yang akan siap pada 2009 berdasarkan kelulusan bangunan.

“Secara tradisi, kerajaan negeri tidak secara langsung membina rumah untuk rakyat tetapi ia dilakukan menerusi dua cara iaitu melalui polisi dengan meletakkan syarat yang perlu dipatuhi pemaju perumahan dan pembinaan rumah untuk anak syarikat Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, kerajaan negeri juga menggalakkan pemaju perumahan membina rumah untuk mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Beliau berkata, PKNS juga perlu membangunkan projek “high-end” untuk “cross subsidised” pembinaan rumah-rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang akan dibina.

“Di samping itu, PKNS akan membina rumah-rumah mampu milik sebagai alternatif kepada rumah kos rendah sekarang. Malah, ianya akan di bina di Bangi mulai 1 Mei 2010.

Tiada ulasan: