Selasa, 28 Julai 2009

Kematian Teoh : Kerajaan negeri lantik peguam

Muhammad Arif Ismail


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor semalam mengumumkan perlantikkan seorang peguam yang dikenali sebagai Malik Imtiaz Sarwar sebagai wakil dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Teoh merupakan seorang pembantu kepada exco kerajaan negeri Selangor yang mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, baru-baru ini.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, Malik Imtiaz Sarwar lebih dikenali sebagai peguam yang memperjuangkan hak asasi manusia akan mewakili kerajaan negeri dalam siasatan Suruhanjaya DiRaja.

"Suruhanjaya tersebut ditubuhkan untuk mengkaji pertauran soal siasat SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia semasa proses soal siaat mendiang serta memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

Kerajaan negeri katanya akan bertekad untuk memastikan hak-hak mendiang Teoh dan keluarganya serta pegawai-pegawai kerajaan yang akan memberi keterangan diprsiding itu terbela," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah memgarahkan satu audit dalaman dijalankan berhubung dengan perbelanjaan peruntukkan untuk Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN).

Menurutnya, audit ini dilakukan bagi memastikan pembelanjaan wang peruntukkan untuk Adun adalah dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri.

"Ini adalah satu cara bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa akaun dan perbelanjaan dana kerajaan negeri adalah setiasa dipantau.

Ia akan dijalankan secepat mungkin dan akan bermula di daerah Petaling serta satu laporan lengkap akan dibentangkan oleh unit audit dalaman kerajaan dalam masa sebulan dan kemudian akan dibuka kepada tontonan orang awam," tegasnya. - azm

Tiada ulasan: