Rabu, 29 Julai 2009

BANTERAS HABIS-HABISAN

MOHD. NOOR AMIN


USAHA pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan ceti haram atau ah long sehingga ke akar umbi bukanlah hanya cakap-cakap kosong sahaja.

Polis dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di seluruh negara kini giat menghapuskan iklan-iklan ah long yang dipercayai menjadi punca kegiatan itu sukar dibanteras.

Di Kajang semalam, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood sendiri `turun padang’ bagi mengetuai operasi menanggalkan poster dan iklan-iklan ah long di sekitar bandar itu.

Malah Shakaruddin (gambar) turut menelefon sendiri dan menyamar untuk meminjam daripada ah long berkenaan.

Pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisytiharkan perang ke atas ah long habis-habisan setelah ramai yang menjadi mangsa kekejaman mereka.

Hishammuddin juga mengarahkan semua ketua polis negeri dan daerah supaya menghubungi nombor yang tertera pada iklan ah long.

Tiada ulasan: