Ahad, 26 Julai 2009

Cyberita: Samy Vellu Bermimpi Di Siang Hari, Bila Terpaksa Sedapkan Hati Dengan Mengatakan MIC Tidak Rugi Bila Bekas Naib Presidennya Serta PKR

PAHANG DAILY


BUTTERWORTH - Parti MIC tidak rugi apa-apa dengan tindakan bekas Naib Presidennya Datuk S S Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu .

Secara sinis, pemimpin tertinggi parti itu mengucapkan "tahniah" kepada Subramaniam dengan tindakannya itu.

"Kita (MIC) tidak rasa apa-apa atau rugi dengan tindakan itu dan selama ini pun beliau (Subramaniam) tidak aktif berkhidmat dalam memperjuangkan hak masyarakat India.

"Malah apa yang dilakukannya (sertai PKR) itu bagus dan saya ucapkan tahniah kerana berjaya mendapat jawatan di sana (PKR)," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang Ke-63 di sini hari ini.

Semalam, Subramaniam mengumumkan menyertai PKR dalam satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, sambil mendakwa 10 cawangan MIC di Lembah Klang membabitkan 1,700 anggota akan turut menyertai jejaknya dalam tempoh terdekat.

Samy Vellu turut menafikan dakwaan Subramaniam kononnya 1,700 anggota MIC akan mengikut jejak langkahnya menyertai PKR, dan menegaskan sebenarnya kurang daripada 300 anggota saja yang terlibat.

"Dakwaan beliau yang 1,700 anggota kita akan sertai PKR itu hanya temberang dan MIC percaya mampu menarik lebih ramai anggota baru terutama dari kalangan golongan muda yang semakin menunjuk minat terhadap parti ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata MIC bercadang meminda perlembagaan parti itu berhubung jumlah minimum anggota bagi mewujudkan sesebuah cawangan MIC.

"Ketika ini jumlah minimum diperlukan adalah seramai 110 orang dan jika dipersetujui oleh parti pada mesyuarat agung 12 dan 13 September depan, ia akan dikurangkan kepada 60 orang.

"Kita jangkakan dengan pindaan berkenaan, ia akan dapat menarik lebih ramai masyarakat India menyertai MIC terutama di kawasan tidak ramai penduduk India," katanya. MIC kini mempunyai 3,700 cawangan (630,000 ahli).

[Samy Tol ini sebenarnya "mengigau" agaknya. Kononnya beliau tidak takut bekas Naib Presidennya itu sertai PKR. Baginya SS Subramaniam tidak membela nasib kaum India.

Masalahnya semasa itu SS Subramaniam duduk dibawah pentadbiran siapa?. Bukankah Samy Tol?. Ini bermakna, semasa dalam MIC memang jelas menunjukkan bahawa Subramaniam tidak dapat berbuat apa-apa kerana Samy Tol tidak berminat ke arah itu.

Samy hanya berminat naikkan TOL dan kemudian merompak wang rakyat dengan sesuka hati, termasuk mengadkaan majlis perkahwinan anaknya dengan belanja mencecah RM2 juta ketika itu.

Samy sepatutnya sudah dikapankan, kerana beliau tidak lagi diterima masyarakat kaum India. Malah, dirinya ditolak oleh rakyat di Parlimen Sungai Siput gara-gara perkara itu.

Namun, Samy ini jenis manusia yang tidak sedar diri dan tidak tahu malu. Baginya, biarpun hanya seorang menyokong beliau bermakna dirinya masih mendapat sokongan. Sampai kiamat pun Samy akan terus memegang kuasa.

Dia langsung tidak melihat, pemimpin BN seangkatan dengannya satu persatu mengundur diri seperti Mahathir (UMNO), Lim Kim Yeik (GERAKAN) dan Lim Liong Sik (MCA). Namun, hanya beliau sahaja yang masih mahu terus berkuasa dan ada hati ingin menarik golongan muda India menyertai parti karat itu.

Samy memang "bermimpi disiang hari", dan ramai lagi sebenarnya masyarakat kaum India akan tinggal MIC selepas ini. Ketika itu barulah Samy Vellu tahu bahawa dirinya kini sudah tidak berguna lagi!!].

Tiada ulasan: