Rabu, 29 Julai 2009

1,000 penduduk nyaris terhidu gas beracun

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF


KLANG - Lebih 1,000 penduduk di Batu Belah di sini semalam nyaris terhidu gas beracun selepas empat tangki gas ammonia yang terletak bersebelahan sebuah kilang perabot turut dijilat api dalam kebakaran.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, sebuah kilang perabot terbakar menyebabkan api merebak ke kilang ais yang bersebelahan dan membakar empat tangki bahan kimia di situ.

Tindakan pantas bomba yang mengawal kebakaran itu bagaimanapun berjaya mengelakkan bahan kimia terbabit meletup.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Pelabuhan Klang, Jamaluddin Ismail ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.05 pagi sebelum tiba setengah jam kemudian.

"Kebakaran itu berpunca daripada kilang perabot yang terletak bersebelahan beberapa buah kilang lain termasuk kilang ais, kilang tepung dan juga sebuah setor syarikat kejuruteraan.

Tiada ulasan: