Ahad, 26 Julai 2009

70 Bayi Hulu Langat Terima Kad Si Manja Tawas

TV SELANGOR


Seramai 70 kanak-kanak yang lahir tahun lalu di Hulu Langat, menerima kad si Manja Tawas di bawah Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), pagi tadi.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, kad Si manja Tawas ini melayakkan mereka memiliki sijil pelaburan bernilai 100 ringgit setiap satu.

Hasil pelaburan ini hanya akan dinikmati apabila kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun dan akan memperolehi hasil bernilai seribu lima ratus ringgit ketika itu. Bagaimanapun mereka digalak menambah pelaburan berkenaan.

Rodziah berkata, selain menggalakkan ibu bapa membuat simpanan untuk masa depan anak mereka, ia juga merupakan sebahagian daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES.

“Program ini juga kita selang seli juga, kerajaan negeri bukan sahaja ingin memberi skim pelaburan malah mahu mendidikan anak-anak ini supaya dijaga dari sudut pemakanan dan kesihatanya supaya akhirnya mereka membesar dengan kondusif supaya mereka akan membesar
dan mengurus tadbir negeri dengan baik,” katanya.

Rodziah berkata, untuk menerajui Negara masa akan datang, mereka memerlukan pendidikan yang sempurna dan ia harus bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.

“Kerajaan negeri sentiasa melihat anak ini sebagai harta yang perlu dijaga dan saya mohon agar semua keluarga merasai pekara yang sama kita rasai sekarang,"

"pendidikan mereka perlu dijaga sejak mereka lahir lagi sehingga beliau dapat pendidikan yang baik dan boleh berdikari dalam kontek menjadikan sorang insan yang boleh diperkasakan maknanya dimana mereka ditempatkan mereka menjadi orang yang kompited kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Menurut Rodziah, ini adalah kali ketiga majlis Sambutan Hari Lahir dan Penyerahan Kad Si Manja Tawas dilakukan, selepas Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Tiada ulasan: