Khamis, 2 Julai 2009

Rusuhan kecil di Kem Tahanan Imigresen Semenyih

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Satu rusuhan kecil berlaku di Kem Tahanan Imigresen Semenyih dekat Kajang di sini semalam membabitkan 30 warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

Dalam kejadian pada kira-kira 8.00 malam itu, pendatang asing tanpa izin berkenaan didapati memecahkan dinding bilik tidur masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Shakarudin Che Mood ketika dihubungi berkata, bagaimanapun tindakan pantas pihak imigresen dapat mengawal kejadian rusuhan itu daripada merebak. Beliau berkata, dalam kejadian itu, tiada yang cedera dan siasatan awal mendapati rusuhan itu berpunca daripada perasaan tidak puashati pendatang terbabit kerana mereka akan dipindahkan ke kem tahanan lain.

Katanya lagi, siasatan berhubung kes itu akan diserahkan kepada pihak imigresen bagi mengenal pasti punca sebenar rusuhan dan dakwaan bahawa ada pendatang yang bolos dalam insiden itu.

Tinjauan mendapati sebuah trak pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan empat trak polis dikejarkan ke tempat kejadian.

Tiada ulasan: