Jumaat, 17 Julai 2009

Ronnie Liubuat kecoh

UTUSAN ONLINE


SHAH ALAM - Kerana tidak dilayan, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu cuba membuat kecoh dengan menjerit-jerit dan mengetuk berulang kali pintu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor itu bertindak demikian kerana tidak dibenarkan masuk ke lokasi mayat mendiang Teoh Beng Hock, 30, ditemui iaitu di koridor tingkat lima di luar bangunan.

Akibat tindakannya itu, Ronnie dihalau dari kawasan pejabat SPRM oleh pegawai yang berada di situ dan wakil rakyat DAP itu turun ke tingkat lima bangunan.

Ronnie ketika menemui pemberita kemudian melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana tidak dilayan pegawai SPRM dan tidak dibenarkan masuk ke tempat kejadian.

"Sebagai wakil rakyat, saya tidak pernah datang ke tempat kejadian dan tidak sangka saya dilayan seperti itu.

"Saya rasa Beng Hock bukan bunuh diri dan SPRM patut ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi pada dia," kata beliau.

Tiada ulasan: