Oleh NURUL AIN MOHD HUSSEIN
KUALA KRAI: Sebanyak 80 peratus pemilih berdaftar di bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai telah keluar mengundi setakat 2 petang tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi sebanyak 85 peratus apabila proses pengundian ditutup 5 petang ini.
BERITA TERDAHULU
Manek Urai: Lebih 50 peratus sudah mengundi
KUALA KRAI: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi setakat 11.30 pagi tadi.
BERITA TERDAHULU
KUALA KRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan peratusan keluar mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setakat pukul 11 pagi ini sudah mencecah 40 peratus.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian di kesemua pusat mengundi berjalan lancar.
"Setakat ini, proses pengundian berjalan lancar, cuma ada perang mulut antara penyokong-penyokong parti yang bertanding... tapi itu perkara biasa.
"Pihak polis juga dapat mengawal keadaan," katanya kepada mStar Online.
Beliau berharap orang ramai akan keluar mengundi awal bagi mengelakkan kesesakan.
"Kita harap pengundi akan ikut arahan SPR dan polis," katanya.
SPR menjangkakan 85 peratus akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan