Selasa, 14 Julai 2009

2 dihukum gantung bunuh pelajar KUIAM

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Noralina Dasuki, 22, dan Mohd. Khairul Anuar Abdullah, 27, dihukum gantung setelah didapati bersalah membunuh pelajar kolej Juliana Md. Fuzi, 20, dua tahun lalu.

Mereka didakwa membunuh Juliana, pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIAM) pada Mac 2007.

Juliana juga didapati telah dirogol.

Pada 13 April 2007, kedua-dua mereka dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Juliana.

Mengikut pertuduhan, Noralina, penganggur dan Mohd. Khairul, jurujual sebuah stesen televisyen satelit berbayar dituduh bersama-sama membunuh Juliana di Bilik 5133, Tingkat Tiga, Apartmen Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini, antara pukul 8 malam, 23 Mac dan 8.30 malam 24 Mac lalu.

Noralina disenarai sebagai tertuduh pertama manakala Mohd. Khairul tertuduh kedua.

Tertuduh pertama ditangkap pada 4 April 2007 sementara tertuduh kedua pula ditangkap pada keesokan harinya.

Kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Juliana ditemui mati pada 24 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, Juliana yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma Pengurusan Perniagaan ditemui mati dijerut menggunakan wayar.

Tiada ulasan: