Ahad, 15 Februari 2009

Salahuddin tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas

MSTAR ONLINE


ALOR SETAR: Ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub tidak akan mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan parti itu Jun ini kerana memberi laluan kepada generasi pelapis.

"Saya sudah bersama parti ini selama 28 tahun dan sudah enam tahun memegang jawatan Ketua Pemuda Pas," katanya.

Selain itu faktor umur turut menyebabkan keputusan berkenaan dan dengan pengunduran itu juga, beliau tidak akan bertanding untuk sebarang jawatan tertinggi dalam parti itu, kata beliau dipetik Bernama selepas mesyuarat bulanan Pemuda Pas Pusat di sini.

Dalam pada itu, Pemuda Pas mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas mengumumkan 7 April sebagai tarikh mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak; dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.

Salahuddin berkata, pihaknya mempertikaikan tarikh itu kerana tempoh bagi mengadakan pilihan raya itu dianggap terlalu lama setelah keduadua kerusi kosong pada 9 Februari lepas.

Katanya, ia seolah-olah memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.

"Mengapa SPR dalam isuisu seperti ini mengikut arah dan telunjuk pimpinan Umno?," katanya.

Tiada ulasan: