Khamis, 12 Februari 2009

Penduduk Bangi sumbang RM158,508.30 pada Hamas

Muhammad Arif Ismail


BANGI - Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi melalui Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr Shafie Abu Bakar menyumbangkan RM158,508.30 kepada kerajaan pilihan rakyat Palestin, Hamas.

Sumbangan ini diserahkan terus kepada wakilnya, Naj'l Al-Sarhi dalam satu Majlis 'Malam Save Gaza & Solat Hajat 10,000 umat Bangi' yang telah diadakan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Seksyen 15 baru-baru ini.

Lebih kurang 10,000 hadir membanjiri padang bola di Kompleks Sukan tersebut untuk solat berjemaah dan solat hajat yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi melalui penubuhan Sektretariat Save Gaza.

Program ini juga mendapat kerjasama dari Aman Palestin, Mini Kabinet Dun Bangi, Masjid dan Surau sekitar Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Bangi, Ikatan Stadi Islam (ISIUKM) dan banyak lagi.

Sektretariat ditubuhkan bagi merealisasikan matlamat mengumpul dana sebanyak RM100,000 dalam tempoh tiga minggu untuk disalurkan kepada rakyat palestin melalui Tabung Aman Palestin.

untuk mencapai matlamat ini, pelbagai program telah diatur bermula 24 Januari hingga malam kemuncaknya pada 7 Februari lalu dengan pelbagai program seperti tadarus Al-Quran, tayangan video, persembahan bacaan sajak dan puisi, pertandingan mewarna dan memancing di Tasik Cempaka, Bangi.

Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran artis nasyid seperti kumpulan Rabani, Marwan, Daie, dan Muadz yang menyanyikan beberapa buah lagu yang membangkitkan semangat perjuangan.

Selain itu, ia juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan pantomin dari para pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Kemuncak Majlis ialah apabila Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub memberi jaminan bahawa setiap sumbangan yang diberikan akan disampaikan terus kepada Hamas.

Manakala, Asyraf Wajdi sebelum itu turut berucap bagi pihak Umno.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata ketika ditemui selepas program tersebut berkata, walapun kutipan derma mencecah RM158,508.30 berjaya dikutip diserahkan kepada wakil gaza, Naj'l Al-Sarhi. Namun Derma untuk selamatkan Gaza akan diteruskan supaya nasib penduduk akan terus terbela.

"Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dari penduduk Bandar baru bangi amnya kerana keadaan sekarang di Gaza masih belum cukup dan memerlukan komitmen secara berterusan," katanya.

Menurut beliau, penduduk Gaza memerlukan dana untuk membuat pemulihan dari segi pendidikan, infrastrukutur. Semua ini memerlukan jumlah yang besar. Oleh itu, Program kutipan derma dari seluruh penduduk bandar Baru Bangi akan diteruskan.

Sementara itu, menurut pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Dr. Tajul Ariffin Noordin, program kutipan derma tidak boleh dihentikan disini sahaja.

"Derma kepada Gaza ini tidak boleh berhenti disini sahaja kerana tabiat orang melayu, mereka cepat lupa atau cepat sejuk.

"Kami persatuan BBB telah memikirkan tiga strategi iaitu, yang pertama, boikot barangan buatan Amerika Syarikat dan Isreal akan tetap diteruskan. kalau tidak boikot, Orang Yahudi akan mempunyai dana untuk menghapuskan Penduduk Gaza," katanya.

Yang kedua katanya, membuat satu diskusi atau deklarasi sebab seperti yang kita ketahui Bangi merupakan sebuah Bandar Ilmu. oleh itu, kita kena ada satu kelompok yang mengkaji dan membincangkan perkara ini dengan lebih serius lagi.

Antara lain, deklarasi itu mengutuk dan mencela kerajaan haram isreal serta mengesa menghentikan serangan dan pencerobohan ke atas Palestin.

"Yang ketiga, kita mendapat kerjasa daripada 18 Badan Bukan Kerajaan (NGO), selama ini kita tidak berjaya dengan melibatkan satu dan dua NGO sahaja, jadi kami akan gunakan kekuatan ini sebagai platfrom untuk berkerjasama dan kami akan terus mengutip derma.

"Derma ini kita tidak boleh berhenti, dan yang paling sesuai melalui pejabat Adun. Kutipan ini kita mesti teruskan, kalau tidak ia akan hilang akibat tabiat orang melayu," tegasnya. - mks._

Tiada ulasan: