Khamis, 26 Disember 2019

Dong Zong mesti diharamkan

Muhammad Azizul Osman
MGF05082019_LOGO-DONG-JIAO-ZONG43
Bangunan Dong Jiao Zong, Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 
 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didesak agar mengambil tindakan tegas dengan mengharamkan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) kerana tidak menghormati keputusan mahkamah membenarkan pengajaran tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Dr Nik Mohammad Zawawi Salleh berkata, tindakan Dong Zong yang berkeras mahu mengadakan Kongres Jawi Sabtu ini dilihat satu tindakan biadap.

“Dong Jiao Zong juga sangat biadap kerana telah membangkitkan suasana yang tegang dan kemarahan kalangan umat Islam khususnya apabila mengadakan petisyen bantahan serta merancang mengadakan kongres membantah tulisan jawi yang dijadualkan berlangsung di Kolej New Era, Kajang pada Sabtu ini dengan matlamat kononnya untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru itu, langkah terbaik adalah dengan mengharamkan pertubuhan ini kerana katanya, sikap mereka tidak sekadar rasis malah bersifat anti nasional kerana tidak mahu menghormati keputusan mahkamah, sistem pendidikan negara serta sejarah negara.

“Tidak ada relevan lagi untuk dibiarkan Dong Jiao Zong untuk wujud memandangkan kewujudan mereka hamya akan menyebabkan kekecohan, kebiadapan dan ketegangan antara kaum.

“Demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk, segala perkara yang jelas membawa kepada kemudaratan dan kerosakan mestilah dihilangkan,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa penganjuran Kongres Organisasi Cina anjuran Dong Jiao Zong, yang antara lain untuk membantah pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular ditangguhkan.

Mujahid berkata, ia bagi memberi ruang kepada pendekatan “lebih berhikmah” seperti rundingan dan dialog isu berkenaan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: