Khamis, 12 Disember 2019

Anwar beri keterangan di Bukit Aman

Muhaamad Hafis Nawawi
 


PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan susulan laporan dibuat bekas pegawai penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa dicabul.

Beliau tiba 3.45 petang tadi sebelum keterangannya diambil pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman selama satu jam 30 minit.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya memanggil Anwar bagi membantu siasatan.

“Ya beliau sudah dipanggil memberi keterangan selama satu jam 30 minit hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Harian Metro semalam melaporkan Anwar akan dipanggil untuk memberi keterangan susulan laporan dibuat bekas pegawai penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa dicabul.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan terhadap laporan dibuat Muhammed Yusoff dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan oleh USJT Bukit Aman, Isnin lalu.

Katanya, polis turut merampas akuan bersumpah (SD) yang dibuat Muhammed Yusoff.

Sabtu lalu, Muhammed Yusoff membuat laporan di Balai Polis Sentul dan mendakwa dicabul oleh Anwar.

Polis kemudian merakam keterangannya hampir tujuh jam Isnin sebelum disambung memberi keterangan selama tiga jam kelmarin.

Berita berkaitan
Kes Yusoff Rawther: Anwar sedia beri keterangan
Kes Yusoff Rawther: Polis panggil Anwar, saksi
Yusoff sambung beri keterangan tiga jam
7 jam beri keterangan [METROTV]
'6 jam sudah berlalu...'
'Hantar notis tuntutan sekali lagi'
'Ini muslihat untuk jatuhkan imej saya'
Polis akan panggil Muhammad Yusoff Rawther
Anwar lapor polis

Tiada ulasan: