Selasa, 1 Ogos 2017

Matlamat MISC-MIFA dipesongkan demi politik?

Berita Daily Staff

MISC-MIFA diasaskan bukan hanya untuk memenangi piala tetapi melahirkan pemail baru bola sepak dikalangan Pemuda India

KUALA LUMPUR: Pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA), apakah matlamat penubuhannya? Ia adalah untuk menggilap bakat baru anak muda bagi kaum India dalam arena bola sepak atau sekadar alat glamour politik Naib Presien MIC T Mohan?

Demikian soal, Naib Pengerusi PKR Melaka, G Rajendran yang berpendapat bahawa MISC-MIFA dilhat sebagai tersasar daripada matlamat sebenarnya.

Dalam satu kenyataan, Rajendran mendakwa MISC-MIFA yang kini bermain di Liga Premier Malaysia semakin terpesong daripada objektifnya.

“Apakah matlamat, MISC-MIFA? Mencungkil bakal baru bola sepak dikalangan pemuda India.
Tetapi, apa yang dilakukan oleh sekarang sangat menyedihkan. Membawa masuk empat pemain luar negara dan melantik pemain berusia 40 tahun sebagai kapten pasukan membangkit soalan apakah benar MISC-MIFA yang kini diterajui oleh T Mohan mempergunakan kelab tersebut untuk manfaat politik diri sendiri,” kata Rajendran.

“Mohan perlu faham, MISC-MIFA diasaskan bukan hanya untuk memenangi piala tetapi melahirkan pemail baru bola sepak dikalangan Pemuda India. Menang piala merupakan bonus kepada kelab tersebut,” tambahnya.

Ujar, Rajendran lagi, keraguan ini bukan hanya daripada dirinya sendiri malah turut disuarakan oleh seluruh kaum India.

“Terdahulu, kita semua perlu mengucapkan tahniah dan berasa bangga ketika MISC-MIFA menjuarai Liga FAM pada tahun 2016. Tetapi, apa yang berlaku selepas itu merupakan satu episod yang menyedihkan,” katanya ketika mengulas skandal rasuah (match fixing) di MISC-MIFA.

“Walaupun, MISC-MIFA masih mendapat pujian daripada FAM setelah menyiasat perkara tersebut dengan telus dan menyelesaikan masalah tersebut, namun, matlamat kelab tersebut jelas dipesongkan iaitu memenangi kejuaraan Liga Premier Malaysia.

“Saya mendapat aduan daripada beberapa pemuda India (pemain) yang pernah bersama MISC-MIFA kini dihantar pulang, atas beberapa alasan yang tidak jelas dan tidak kukuh. Saya juga mendapati purata umur pemain kini dibawa kelab tersebut adalah dalam lingkungan 26 tahun ke atas.

“Ini yang satu perkara di mana Mohan perlu menjelaskan. Saya tidak kata MISC-MIFA tidak perlu untuk rakyat India. Tetapi, ia tidak boleh digunakan untuk matlamat politik sendiri,” katanya.

Rajendran juga mencabar Mohan untuk mendedahkan jumlah dana diperolehi daripada Kerajaan kepada MISC-MIFA.

“Ini kerana ada khabar angin mengenai dana yang diperuntukkan kepada kelab ini. Ada yang kata RM2 juta, ada yang kata MIFA mendapat sehingga RM10 juta daripada program khas kepada beliau India dibawa Kementerian Belia dan Sukan.

“Ini tidak termasuk dana lain seperti Sedic dan sumbangan daripada orang awam atau agensi-agensi lain. Saya percaya mendedahkan peruntukkan dan laporan audit MIFA bukan perkara yang mustahil bagi Mohan,” jelasnya lagi.

Tiada ulasan: