Sabtu, 1 Julai 2017

Thailand siasat syarikat Malaysia

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
BANGKOK: Thailand telah menubuhkan jawatankuasa pelbagai agensi untuk memperhebatkan siasatan yang dijalankan sekarang ke atas sebuah syarikat Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti haram secara besar-besaran termasuk pengubahan wang haram di negara itu.
 
Syarikat tersebut yang mempunyai kepentingan perniagaan di Thailand mula dipantau di Malaysia baru-baru ini kerana didakwa mendalangi skim piramid yang kompleks melibatkan beribu-ribu pelabur dan jutaan Ringgit.
 
“Siasatan masih dijalankan. Kami telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi kerajaan bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang termasuk Biro Anti Narkotik (NSB),” kata seorang pegawai tertinggi baru-baru ini.
 
Agensi lain yang terlibat dalam siasatan termasuk Pejabat Anti Penggubahan Wang Haram (AMLO), Jabatan Siasatan Khas (DSI), Jabatan Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam, Pejabat Kawalan Narkotik (ONCB) dan Jabatan Pembangunan Perniagaan.
 
Wakil dari bank pusat negara itu, Bank of Thailand (BoT) juga terlibat dalam siasatan ke atas syarikat dari Malaysia itu.
 
 

Tiada ulasan: