Isnin, 10 Julai 2017

Kencing tikus punca kematian Thaqif

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Laporan bedah siasat mendapati kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, pada 26 April lalu berpunca daripada Leptospirosis atau kencing tikus. 
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bedah siasat yang dijalankan pada hari sama pelajar itu meninggal dunia menggunakan sampel tisu dan darah sebelum dihantar ke Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Jabatan Kimia bagi dianalisis. 
 
Susulan kejadian itu, katanya, Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan dengan dianggotai Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes rumit. 
 
"Hasil bedah siasat mendapati pelajar tahfiz terbabit meninggal dunia kerana penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang menjadi viral. 
 
"Penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah.
 
 

Tiada ulasan: