shahbudindot.com
Disebabkan
terlalu takut Najib Razak kalah pilihanraya dan hilang kuasa atau
mungkin ingin menebus sikapnya yang banyak berdiam diri kebelakangan
ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan tiba-tiba saja
mencadangkan agar Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang
bersara daripada kehidupan berpolitik.
Kononnya
kata beliau, ketiga-tiga pemimpin berkenaanlah yang menyebabkan keadaan
politik negara penuh dengan permusuhan, kebencian dan hasutan.
Apakah KJ sebenarnya buta mata dan gelap hati?
Antara Tun Mahathir dan Najib, siapakah yang paling banyak berjasa dan siapa yang sedang merosakkan negara?
Antara Tun Mahathir dengan Tun Abdullah Badawi, siapakah paling banyak membaca dan kerap tidur daripada jaga?
Jika
bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi tidak dirosakkan oleh "budak-budak
tingkat 4" dan Najib pula tidak terlibat dengan skandal 1MDB yang
kemudian dalam akaunnya ada wang beribu-ribu juta, apakah Tun Mahathir
perlu keluar daripada dunia persaraannya?
Tidakkah
kiranya Tun Mahathir tidak bangkit dan tidak melakukan seperti apa yang
dilakukannya sekarang, keadaan negara mungkin lebih rosak dan binasa?
Bukankah Tun Mahathir sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang betul dan ingin menyelamatkan negara?
Jadi, siapa yang sepatutnya bersara?
Apakah
dengan meminta Tun Mahathir bersara, KJ bukan saja lebih takut Najib
kehilangan kuasa, sambil dalam masa yang sama ingin melampiaskan dendam
yang mewakili jiwa bapa mertuanya?
Berkenaan
dengan Anwar, masihkah KJ ingat, siapakah orangnya yang sanggup
menyusup masuk ke rumah bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk
menghantar passport sebaik beliau dibebaskan daripada penjara?
Dulu bukan main rajin hantar passport, kenapa sekarang mahu didesak bersara?
Kalau
Lim Kit Siang dikata selalu menghasut antara Melayu dengan Cina,
siapakah pemimpin yang pernah mengecam tsunami Cina dan bertanya, "apa
lagi Cina mahu?"
Apakah
masyarakat Cina tidak boleh memilih haluan politik sendiri berdasarkan
citarasa mereka sebagai warganegara yang sah dan jika tidak tidak
mengundi BN seolah-olah mereka melakukan dosa yang besar?
Pernahkah Kit Siang berbuat seperti itu?
Oleh itu, antara Najib dan Kit Siang, siapa sebenarnya yang menghasut kebencian antara Melayu dengan Cina?
Di
ketika yang sama, ampuan dan bodekan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul
Azwan Harun terhadap Najib sejak dapat jawatan Senator ini lebih
menggelikan hati.
Konon katanya, Najib adalah negarawan sebenar dalam negara ini.
Cuba cakap betul-betul - Najib seorang negarawan atau Najib penyebab negara hilang banyak wang?
Ketua dan naib lebih kurang sama saja.
Inikah kualiti pemimpin muda yang kita ada untuk masa depan negara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan