Sabtu, 3 Jun 2017

‘Najib ubah Malaysia jadi korup’

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan kemerosotan Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam temubual dengan Financial Times, bekas perdana menteri itu menyalahkan Najib sebagai punca kepada kedudukan Malaysia dalam 10 negara paling sarat rasuah.

“Apabila anda ada perdana menteri yang korup, maka negara tersebut tidak lain tidak bukan tentunya juga korup.

“Daripada sebuah negara yang dikagumi sebagai model sebuah negara membangun dan mampu mencapai pertumbuhan, kita kini dikenali sebagai antara 10 yang paling korup.

“Inilah perubahan yang berlaku di bawah Najib,” katanya memetik temubual tersebut.

Dr Mahathir turut menegaskan yang beliau tidak menyonglap wang negara dan berpuas hati dengan gajinya semasa menjadi perdana menteri.

“Saya gembira hidup dengan gaji saya yang agak besar buat negara, lebih daripada cukup untuk keperluan saya,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri keempat itu kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau adalah pengkritik lantang Najib dan dana sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak 2015.

Tiada ulasan: