Jumaat, 9 Jun 2017

Geng 'Susu Kangkang' tumpas

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Empat individu yang dikenali sebagai geng 'susu kangkang' ditangkap pihak polis di Kota Damansara, kelmarin.
 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kesemua suspek yang aktif mencuri susu rumusan bayi di pasaraya dan kedai serbanika 24 jam ditangkap ketika memberhentikan kereta di depan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Dataran Sunway, Kota Damansara, pada 6.55 petang kelmarin.
 
Empat suspek itu adalah dua lelaki dan dua wanita.
 
Sebelum ini polis menerima laporan kes samun yang mendatangkan kecederaan dalam kejadian di sebuah pasar raya di Kelana Jaya.
 
"Hasil soal siasat, mereka mengaku melakukan kegiatan mencuri susu rumusan bayi di pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam sekitar Lembah Klang serta terbabit dalam kes samun di Kelana Jaya," katanya pada sidang media di IPD Petaling Jaya, hari ini.
 
Polis turut merampas 17 tin dan 21 kotak susu rumusan bayi pelbagai jenama, lima telefon bimbit, tablet, dua beg tangan, dua beg galas serta kereta model Perodua Alza yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
 
Mohd Zani memberitahu geng berkenaan pernah dipenjarakan dan telah dibebaskan pada tahun lalu kerana kesalahan mencuri.
 
Antara modus operandi geng 'susu kangkang' ini adalah dengan menggunakan dua suspek wanita mengenakan pakaian besar, mengambil susu rumusan bayin tin atau kota dan menyorokkannya di celah kangkang sambil diperhatikan oleh suspek yang lain.
 
Kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini.
 
 

Tiada ulasan: